PERNAH TANYA KENAPA WANITA SUKA EMAS?

wanita suka emas

Pernahkah anda terfikir, kenapa wanita suka emas?

Hampir semua wanita meminati perhiasan, khususnya yang diperbuat daripada emas. Tahukah anda mengapa? Berikut merupakan beberapa sebab kenapa wanita suka emas (bukan kajian sains). Menggunakan perhiasan emas pada tubuh merupakan tradisi lama sejak berabad dahulu. Jika dilihat dalam gambar² atau sejarah buku lama, pasti anda akan terlihat gambar manusia memakai gelang dan rantai emas.

Dari kesemua logam di dalam dunia ini, emas mempunyai 4 karektor unik yang menjadi kegilaan manusia khususnya kepada golongan hawa, dan kenapa wanita suka emas

Kilauan

Emas mempunyai kilauan yang menjadi daya tarik. Lumrah wanita ingin rasa dihargai, jadi dengan berhias dengan emas semulajadi lelaki akan lebih terpesona.

Permintaan Tinggi

Semua sedia maklum, emas di dunia mempunyai bekalan terhad. Jadi, sedikit sebanyak harga emas perhiasan juga dipengaruhi dengan pasaran supply-demand. Jadi, wanita suka emas yang memiliki barang kemas umpama ada prestij atau berkedudukan tinggi melambangkan kemampuan (memiliki emas)

Daya Tahan

Sifat emas yang tidak berkarat dan tahan lama membuatkan logam ini sesuai dijadikan perhiasan “everlasting”. Jika sudah bosan pun dengan design lama, emas pakai ini boleh saja dijual semula untuk membeli emas perhiasan yang baru.

Ada Harga

Emas ada harga. Generasi lama kita membeli emas pakai untuk dijadikan simpanan kecemasan jangka lama. Jika dalam keadaan sesak, emas perhiasan ini boleh dijual atau digadai untuk mendapatkan duit. Emas pakai juga boleh diturunkan kepada anak², sebagai aset masa depan. Dari wanita suka emas sudah jadi keperluan pula

Walaupun sudah banyak dalam pasaran emas berbentuk jongkong dan syiling, emas perhiasan masih ada peminatnya khusunya daripada kaum wanita. Ini kerana, kebanyakkan berpendapat “Sambil melaram, Sambil melabur”. Untuk itu Public Gold juga ada mengeluarkan set perhiasan wanita dari rangkaian Aurora Italia yang terdiri dari emas 18k, emas putih, emas ros dsb.

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini