PULANGAN VS INFLASI – PERKARA YANG SERING DIPANDANG REMEH

inflasi

Saya pasti kebanyakkan orang ada membuat simpanan, kebanyakkan rakyat Malaysia pasti menyimpan di Tabung Haji ataupun ASB untuk memperoleh untung kompaun. Tetapi, sedarkah yang simpanan kita sebenarnya dipengaruhi inflasi?

Kita lihat contoh di bawah:

[table id=3 /]

Kesimpulannya, jika disimpan RM10,000 pada tahun 2010 dan duit itu tidak diusik, seseorang itu mampu peroleh keuntungan sehingga RM16,126.42 pada tahun 2016. Ini bersamaan 61.26% peningkatan wang simpanan selama 7 tahun. Best kan?

Best sebab kita nampak angka² dalam statement kita bertambah. Yang kita tak nampak kekuatan angka² itu sebenarnya melemah setiap tahun. Kenapa?

Inflasi

Inflasi ialah kenaikan berterusan harga barangan dan perkhidmatan. Kadar inflasi4 yang optimal yang cuba dikekalkan oleh sesebuah negara ialah 2 – 3% (Semasa saya bekerja dahulu, saya guna 3 – 4 % untuk project costing)

Secara mudahnya, nasi ayam RM5 tahun ini harganya ialah RM5.10 tahun depan (anggap inflasi5 2%). Namun, selalunya kita lihat harganya masih cuba dikekalkan peniaga, bezanya mungkin nasi dikurangkan, atau ayam yang lebih kecil. Jadi, sama juga kita boleh anggap RM5 tadi nilainya tahun depan ialah RM4.90. Setuju?

Jom kita lihat pula sejarah kadar inflasi6 tahunan Malaysia di sini.

Ok? Sekarang, jika anda sudah terima konsep inflasi7, soalan saya ialah, adakah simpanan yang dikompaun itu juga dipengaruhi inflasi8? Sudah pasti bukan? Walaupun nilai angkanya bertambah, tetapi kekuatan membeli sebenarnya berkurangan setiap tahun.

Jom kita lihat pula contoh yang sama, tetapi kita masukkan elemen inflasi9 2% setiap tahun.

[table id=4 /]

Dengan simpanan yang sama RM10,000, selepas 7 tahun menyimpan, “Nilai Sebenar” duit simpanan adalah RM14,132.15. Ini bersamaan 41.32% peningkatan nilai wang simpanan.

Jadi, sekiranya kita ingin menyimpan wang untuk kegunaan masa hadapan, harus kita ambil kira nilai inflasi10 dalam kiraan pulangan. Memang dalam statement kelihatan angka² simpanan itu meningkat, tetapi hakikatnya “Nilai Sebenar” wang itu dimakan inflasi11 setiap tahun dan kekuatan membelinya berkurangan.

Mungkin tahun 2030 nanti sepinggan nasi ayam nanti sudah cecah RM15 ataupun masih RM5 tetapi nasinya hanya satu sudu, ayamnya secubit

 

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini