REWARD YOURSELF? TANGGUHKAN DAHULU SELAGI TERDAYA

Kata² pujangga sewaktu mula bekerja dahulu di syarikat meter.

Reward yourself, to boost morale.

Ada benar juga. Dahulu reward juga diri, sampaikan kad kredit hutang bertimbun. Sudahnya pening dan serabut.

Tetapi sedarkah kita yang berhutang untuk reward diri itu sebenarnya mengambil pendapatan kita di masa hadapan?

Yang menjadi bahana ialah bila terlalu seronok dengan reward diri, sehingga terlupa yang kredit kad kita ada had. Tahu² saja hutang kad sudah menghampiri had maksima.

Sebabnya bila membeli itu tidak beringat. Maka bertambah la pendapatan masa depan yang kita ambil!

Tidak salah untuk reward diri sendiri. Teruk penat bekerja, nak juga merasa barangan best.

Cuba ambil pendekatan “Delayed Gratification

Maknanya, tangguhkan dahulu reward diri sendiri, untuk reward yang lebih baik di masa depan. Cakapnya memang senang, jika ikut hati mahu saja saya upgrade perkakasan video ke system yang lebih baik. Tapi untuk apa? Memuaskan hobi sahaja.

Jadi saya tangguhkan dulu, bila cukup wang dengan kerja sampingan helper videographer mungkin saya akan upgrade system kepada mirrorless camera. Sementara itu, tenang² dengan barangan yang ada dan tambah lagi skill video shoot dan editing 👍

Ikuti trip #hikersbuncit mencari lata Bomoh Ali, lokasi rahsia di Langat

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini