fbpx

DO IT RIGHT THE FIRST TIME

right the first time

Siapa pernah kerja kilang biasa dengar kan DRIFT? Do it right the first time!

Sebelum ini saya ada berkongsi, dalam berniaga perlu diasingkan kewangan peribadi dan perniagaan. Maka dengan sebab itu saya membuat lejar kira² untuk keep track aliran tunai.

Namun, saya bukan berlatarbelakang akaun, kalau setakat basic macam kedai fotostet di kolej kediaman lama saya dulu boleh lah. Baru² ini saya terperasan, data kira² saya macam tidak seragam dengan stok emas dalam tangan.

Oleh itu, saya menghubungi seorang sahabat charted akauntan untuk periksa semula. Tepat sangkaan saya, apa yang saya lakukan walaupun nampak betul tetapi hanya betul di mata saya. Mujur ada sahabat yang tidak kedekut ilmu, ditunjukkan asas perakaunan dan beberapa tips menjaga akaun spesifik kepada perniagaan emas.

Masih ingat kesilapan dalam berniaga kedai tinted dahulu? Salah satunya ialah kekurangan ilmu dan dalam kes ini tidak cukup pemahaman dalam menjaga akaun.

Sewaktu bekerja di kilang meter dahulu, saya berhenti sementara 6 bulan bagi menyambung pelajaran khusus dalam PCB Design (Analog) dan ketika itu kebanyakkan pengajar ialah dari Jepun. Mereka ini bekas orang industri design dan pembuatan elektronik dari sana.

Salah satu konsep yang mereka dukung dan saya pegang sehingga sekarang ialah “Right the first time, In time for market” atau lebih dipopularkan oleh teknik 6 Sigma – DRIFT: Do it right the first time

Dalam kes akaun tidak betul, ada yang salah, maka harus diperbetulkan seawal fasa perniagaan. Leverage pada sahabat yang memang pakar. Tambahkan lagi ilmu.

Saya berniaga emas bukan untuk sehari dua tetapi long term. Maka, perlu yang salah dibetulkan awal supaya kelak tidak menghantui di kemudian hari.

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini