SAYA PERNAH DIBERI NOTIS BERHENTI KERJA 24JAM

notis berhenti kerja 24jam

Apa yang anda akan lakukan jika diberi notis berhenti kerja 24jam?

Setelah 3 tahun bekerja di Singapura, saya dipindahkan ke HQ Kuala Lumpur dan bekerja pula lebih 3 tahun. Tepu juga rasanya. Same story, different day. Disebabkan beberapa perkara, saya ambil keputusan untuk freelance sahaja. Jadi, saya pun hantar notis 3 bulan ke HR, mengikut kontrak.

Namun, apa yang memeranjatkan respon dari HR; saya diberi notis berhenti kerja 24jam (Julai 2012). Sebenarnya tak sampai pun, telefon HR lepas solat jumaat, dan beritahu itu hari terakhir kerja saya.

Takpalah fikir saya, untung juga. Nanti syarikat bayar pampasan notis 3 bulan itu, dicampur dengan cuti gantian offshore selama 2 minggu, banyak juga tu.

Sangkaan saya meleset. Syarikat tak nak bayar sebarang pampasan. Ish, kenapa pula jadi macam ini. Wahyu turun dari langit agaknya.

Ah sudah!

  1. Saya ada simpanan lebih kurang sebulan gaji dan tabung back-up lebih kurang 1.5 bulan gaji. Tak sempat menabung 3 bulan! Kalau tiada kerja lain saya boleh bertahan sekurang-kurangnya 2 bulan sahaja.
  2. Masih dalam fasa financial restructuring tempias penutupan kedai tinted. Ada juga kredit kad perlu dilangsaikan.
  3. Mujur ada 2 syarikat lain sudah bersedia mengambil saya bekerja

Nasib ada pilihan #3 kalau tiada, nak makan apa? Sebab itu saya sangat sarankan simpan 10% dari gaji dan buat tabung back-up 3 bulanPerasaan seram ketika itu Allah saja yang tahu. Kita anak bini nak bagi makan.

Saya cuti dalam seminggu, sehingga syarikat yang mahu mengambil saya kerja mendapat berita dan menelefon saya untuk terus masuk kerja, projek nak kick-off. Start awal boleh gaji awal.

Saya terus kerja di syarikat baru dan sambil itu berulang-alik ke syarikat lama utk berdiskusi status gaji 3 bulan notis dan 2 minggu cuti gantian offshore. Syarikat lama masih tidak mahu membayar pampasan notis awal dari pihak mereka. Setelah 2 minggu lebih tiada jalan penyelesaian, saya cakap nak buat aduan ke tribunal pekerja.

Alhamdulillah barulah nampak cahaya.

Saya dapat juga 3 bulan hak saya, tetapi 2 minggu cuti gantian offshore tidak dibayar. Namun, sebab tak berapa munasabah mereka masih tidak mahu bayar 2 minggu cuti gantian offshore.

Alamak! Kenapa macam ini. Memang saya marah. Duit itu hak saya. Masa saya gunakan untuk syarikat di lautan. Saya tinggalkan pejabat syarikat lama dalam keadaan berdendam.

Tapi sekarang saya sudah lama halalkan, sebab isteri saya kata nanti kat akhirat bukan orang yang berbuat salah saja sangkut, dia nak kena cari orang untuk minta maaf, jadi dengan kita sekali tersangkut.

Harapnya mereka ini sedarlah, hari ini mungkin kamu di puncak, sekali jatuh esok takut tak boleh kembali bangkit.

 

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini