SELAMAT PUASA DI BULAN RAMADHAN

puasa di bulan ramadhan

Menjelang Ramadhan ini, saya ingin mengucapkan Selamat menjalankan ibadah Puasa di Bulan Ramadhan buat anda semua.

Saya juga ingin meminta maaf sekiranya ada terguris hati dan terasa dengan penulisan dan percakapan saya sepanjang blog ini online.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredhaannya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadith: 

  1. Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan ikhlas serta mengharapkan keredhaan Allah SWT akan diampunkan segala dosa-dosa kecilnya.
  2. Ramadhan merupakan bulan yang paling mulia di dalam Islam kerana bulan ini Allah SWT menurunkan al-Quran al-Karim, berlakunya malam “Lailatulqadar” dimana malam tersebut lebih mulia dan berkat daripada seribu bulan.
  3. Doa orang yang berpuasa tidak akan ditolak oleh Allah SWT sehinggalah ia berbuka, oleh itu hendaklah mereka yang berpuasa memperbanyakkan doa demi kebaikan hidup mereka di dunia dan juga di akhirat.

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini