SELANGKAH KE ALAM PEKERJAAN

Usah sampai perlu berhutang untuk kahwin

Sedikit nasihat seorang brader yang dah melangkah ke alam pekerjaan dan kini bekerja sendiri

Saya berterima kasih kepada seorang pakcik saya yang setahu saya pendapatannya besar, bekerja dengan syarikat Oil & Gas terkemuka negara. Gaya hidup beliau yang bersederhana dan nasihat beliau banyak membentuk saya hari ini.

Jika baru nak melangkah ke alam pekerjaan dan nak merasai pendapatan hasil titik peluh sendiri. Saya nak berkongsi sedikit pengalaman ketika memulakan langkah

Jangan terlalu ikutkan hype kereta

Masa mula kerja, nanti mungkin nampak kawan² ada yang pakai kereta best². Mohon bertenang saja, kereta hanya bawa anda dari A ke B. Motorsikal pun boleh bawa anda dari A ke B. Tetapi jika perlu sangat sebuah kereta, cari sahaja kereta yang biasa dahulu. Kalau di KL sekarang ada Grab dan Socar jika kempunan nak guna di hujung minggu (mungkin untuk dating)

Cepat² mulakan simpanan

Bila dah elok kerja, soalan biasa makcik² akan bertanya masa Raya – “Bila nak kahwin?”. Ini memerlukan belanja. Jadi mulakan simpanan awal jika sudah ada pelan nak kawin awal.

Usah gopoh nak membeli rumah idaman

Mungkin ada rumah yang mampu milik tapi adakah mengikut kriteria pilihan anda? Kalau di KL ni, jangan ceritalah harga rumah bagi saya dah tak masuk akal harganya.

Tak perlu gopoh, hadir ke kelas hartanah dan dengar apa kata sifu hartanah mengenai rumah pertama. Pekakkan telinga jika ada keluarga anda bising dan bertanya bila nak beli rumah. Duit kita yang nak keluar, bukan orang lain nak belanja kita beli rumah

Berniaga kecil-kecilan

Antara kesilapan utama orang mula berniaga ialah “Mula berniaga ketika keadaan terdesak”. Ini silap, dalam anda ada perkerjaan tetap, gaji pun tetap setiap bulan, dengan modal rendah seperti RM2k sudah boleh mula perniagaan kecil-kecilan (ejen dropship, ejen insuran, kedai kecilan, runner dsb). Cuba saja, anda masih ada kerja tetap. Saya mula dulu dengan jadi runner walkie talkie

Rajin baca topik pengurusan kewangan

Zaman internet, banyak sumber yang boleh kita peroleh berkenaan pengurusan kewangan. Topik ini penting untuk kita mengharungi hari² seterusnya. Jangan tunggu anak dah 3 dan hutang bertingkat baru sibuk mencari maklumat.

Semoga istiqomah

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini