SHARPEN YOUR TOOLS

sharpen your tools

Sewaktu saya bekerja di kilang meter dahulu, semua staff baru akan dibasuh sewaktu join progress meeting yang pertama. Tema “Sharpen your Tools

Bos akan tanya,

“If I give you a parang and ask you to get me the kelapa (sambil tunjuk pokok pinang di luar) how fast can you get it?”

Selamba saya jawab, “30 min la Bos! Lambat sikit sebab dah lama tak panjat pokok”. Cubaan buat kelakar memandangkan semua staff lama tersenyum simpul.

Bos pun cakap;

“Here lies the problem! Kata la average time you 30 mins. Tapi kalau you spend sikit time let say 5 mins untuk sharpen the parang, I bet you can get the kelapa in 15 min. Do you understand what I am getting at here?”

Wow!

Terkesima kejap. Mantap Bos ni. First impression dia memang score A

“Sharpen your tools and you’ll be more efficient”

Falsafah yang saya pegang sampai ke sekarang

 

Nota:

Cerita Parang ni mempunyai pelbagai variasi dari Bos, ada cerita Kapak, cerita Permata yg belum digilap, cerita membuat Perahu. Penyampaian Bos bergantung kepada yang mendengar dan tahap mood beliau hari itu. Moral of the story is still the same.

 

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini