SIMPAN EMAS BAGUS TAPI BERAPA BANYAK?

simpan emas

Bagi mereka yang sudah biasa simpan emas, sudah pasti merasa kelebihan emas sebagai penyimpan nilai dan mungkin juga sebagai medium pelaburan jangka masa lama.

Namun soalan yang sering bermain di kepala, nak menyimpan emas ni sampai berapa banyak?

Pada pendapat saya, kita menyimpan emas ni perlu ikut apa tujuannya dan dari situ baru kita boleh tahu berapa banyak yang perlu untuk disimpan.

Contohnya, saya mula menyimpan emas kerana tidak mahu duit gaji saya pulang dari offshore dibelanja tak sengaja. Logam berharga ini ada kelebihan sebagai medium untuk elak duit bocor. Jadi duit kecemasan 6 bulan, separuhnya saya tukarkan kepada logam kuning ini.

Jadi, untuk saya cukup sekadar emas dalam tangan saya disimpan sehingga 3 bulan perbelanjaan bulanan rumah saya.

Jika simpanan saya cukup, agihan simpanan lain sudah diketepikan dan saya ada duit lebih, apakah saya beli lagi emas? Mungkin ya, mungkin tidak.

Lebih baik duit lebihan itu dimasukkan ke dalam instrumen pelaburan yang lebih menguntungkan contohnya ke hartanah. Walaupun saya tidak ada rumah sendiri lagi, hakikatnya semua orang tahu tanah dan rumah aset sepanjang zaman, alah boleh diwariskan kepada anak² kita.

Cuma, jangan pula taksub mahukan rumah sehingga perlu berhutang sini sana.

Tak tahu nak mula simpan emas? Boleh tanya saya

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini