SIMPAN EMAS DALAM PETI KESELAMATAN DEPOSIT

peti keselamatan deposit

Kalau emas dah berkilo di rumah, pasti tak senang duduk. Jadi ada baiknya simpan emas dalam peti keselamatan deposit

Ini lah kelemahan emas, bila dah banyak kita simpan takut pula kena curi.

Jadi macam mana?

Kita boleh pilih simpan emas ke dalam akaun fizikal Gold Accumulation Program

Atau

Simpan emas di peti simpanan bank atau 3rd party. Saya simpan emas di akaun GAP dan juga di peti simpanan (3rd party). Saya pilih peti simpanan 3rd party berbanding bank kerana 2 sebab:

  1. Kos per peti hampir sama dengan bank, tetapi insurans cover sehingga RM50k – 100k. Bank kebiasaannya insurans cover sehingga RM10k. Jika mahu cover lebih, maka perlu bayar lebih premium.
  2. Dibuka setiap hari termasuk Public Holiday, kebiasaannya sehingga malam. Kalau di bank, urusan simpanan/keluaran kena ikut waktu operasi bank.

Kos purata satu peti keselamatan deposit bersaiz 5″ x 5″ x 23″ sekitar RM300++ setahun. Insurans yang ditawarkan berbeza mengikut syarikat.

Kos tambahan (1 time fee) termasuk deposit kunci (sekitar RM250), stamp duty agreement (RM10) dan juga admin charges (berbeza mengikut syarikat)

Kalau dulu² kan senang, simpan emas dalam tin milo saja

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini