SIMPANAN HARI TUA

Saya yakin hampir semua orang menyimpan dalam KWSP. Bezanya ialah berapa banyak yang disimpan.

Termasuk diri saya sendiri, walaupun sudah hampir 4 tahun bekerja sendiri di offshore, saya masih mencarum (sendiri) dalam KWSP. Mudah saja, dengan Maybank2u sesiapapun boleh mencarum sendiri.

Sebab utama saya teruskan mencarum ialah untuk meneruskan rekod caruman. Maklumlah kerja sendiri ini, pendapatan tak tetap jadi bila nak buat loan (rumah atau kereta) biasanya bank minta dokumen tambahan (berbanding orang berpendapatan tetap – slip gaji dan EA form sudah cukup)

Lagipun, duit dalam KWSP memang takkan diusik sampailah umur saya 55 tahun.

Tetapi setelah berkecimpung dalam dunia perniagaan emas timbul beberapa persoalan;

  1. Duit KWSP dapat dividen, nanti bila dah boleh keluarkan, saya perlu tolak zakat (2.5%)
  2. Perlu ambil kira inflasi tahunan. Kalau purata inflasi tahunan sekitar 3 – 4% setahun, sejauh manakah kekuatan nilai duit saya lagi 20 tahun nanti?

Oleh itu, sebahagian dari caruman sendiri KWSP saya telah dialihkan ke simpanan emas GAP, dan bila sudah mencapai target tertentu saya keluarkan dan simpan sendiri.

Kenapa saya pilih emas sebagai dana kedua hari tua? Kerana emas juga penyimpan nilai yang baik, dan meningkat dalam jangka masa yang lama.

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini