fbpx

SISTEM SAMPUL DUIT UNTUK BAJET PERBELANJAAN

sistem sampul duit

Foto kredit: Blog maukerja

Masih relevankah sistem sampul duit?

Masa arwah mak mertua hidup, isteri saya kata duit belanja sekolah tahun depan biasa dah tersedia menjelang bulan Disember.

Mak buat sistem sampul duit untuk bajet perbelanjaan. Ada banyak sampul, ikut jenis perbelanjaan. Namun sekarang sudah senang, ada akaun bank kan?

Selalu juga dengar sahabat mengeluh duit belanja barang sekolah meningkat setiap tahun. Ada yang memang sudah buat simpanan tetap setiap bulan untuk belanja sekolah anak², namun ada juga yang last minit nak mula sekolah, korek sana sini. Ada pula yang main kutu, ambil giliran hujung tahun untuk buat belanja sekolah anak².

Ada juga yang duit simpanan persekolahan ini terguna pula, sebab dah bercampur dengan tabungan lain. Kita ni manusia, nampak duit banyak gatal saja tangan nak guna. Kita gagal merancang kewangan dengan baik.

Apa yang saya lakukan, hampir sama dengan sistem sampul duit. Bezanya, sampul saya ialah akaun² bank. Saya tidak hanya guna 1 akaun bank sahaja.

Sebagai contoh, saya kongsi sendiri sistem tabungan saya;

  1. Maybank – Fast moving cash; pendapatan pelbagai punca, perbelanjaan bulanan
  2. CIMB – Duit belanja harian
  3. CIMB – Duit aliran perniagaan
  4. Muamalat – Duit perbelanjaan bermusim (tahunan)
  5. Bank Rakyat – Duit tabung belanja ke hadapan (simpanan ke hadapan 6- 12 bulan)
  6. Tabung Haji – Duit kecemasan 3 bulan, simpanan ke Haji
  7. Akaun Emas Fizikal – Fast moving emas; tujuan jual beli, liquidation
  8. Emas Fizikal – Duit kecemasan 3 bulan

Saya bekerja sendiri (macam² kerja) dan juga berniaga sebagai dealer emas bersama Public Gold. Sistem tabungan ini saya rasa sesuai untuk diri saya, namun untuk anda mungkin berbeza.

Setiap tabungan ini ada preset min baki diperlukan. Setiap job atau untung berniaga saya akan allocate ke tabung yang sepatutnya. Jadi, sistem sampul duit ini masih relevan, cuma bentuknya saja mungkin berbeza.

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini