STOP! TANYA DULU DIRI, UNTUK APA MEMBELI EMAS

untuk apa membeli emas

Sebelum ini ada saya berkongsi, sebelum melabur dalam apa² pelaburan, menyimpan lah dulu. Emas merupakan salah satu bentuk simpanan dan juga boleh menjadi sebuah mekanisma pelaburan. Jika sudah bersedia, seseorang itu hendaklah bertanya diri dahulu; Untuk Apa Membeli Emas?

Emas 101: 3 kategori Pembeli Emas

  1. Gold Saver (Penyimpan)

Orang ini membeli emas kerana hendak menyimpan. Ada duit, beli emas, simpan. Orang ini tak kisah harga naik atau turun, orang ini akan tetap membeli. Dia tahu emas ada NILAI. Dia mengumpul BERAT. Ada duit lagi? Dia beli lagi dan simpan. Ada lagi? boleh bagi saya sikit.

  1. Investor (Pelabur)

Orang ini kebiasaannya mempunyai surplus duit yang banyak. Kebiasaannya, orang ini akan membeli emas ketika harga rendah, dan menjual ketika harga tinggi. Untung FAST cash. Orang ini selalunya melengkapkan diri dengan ilmu teknikal analisis pergerakan harga emas, jadi dia tahu di paras mana boleh memaksimakan keuntungan.

  1. Trader (Peniaga)

Orang ini berniaga emas. Harga tinggi ataupun rendah, Jual dan Beli tetap ada untung. Yang ni pasti ramai suka!

Baru² ini saya ada mendengar talk Ust. Khairul Anuar Basri di Kajang. Beliau ada berkongsi terdapat satu lagi kategori baru Pembeli Emas.

  1. Collector (Penagih kalau ikut kata Ustaz)

Orang ini membeli segala emas unik, pelik, luar biasa cantik etc. Ada juga yang mencari design yang stop production, ada juga yang mencari produk dengan sijil ketulenan ber-nombor siri cantik dan macam². Contohnya, item stop production Public Gold edisi Zodiac “Goat” dan “Monkey” dijual di market runcit pada harga sedikit tinggi dari harga siling. When there’s a demand, there’s always a supply

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini