SUDAHKAH KITA MERANCANG KEWANGAN UNTUK PERSARAAN?

merancang kewangan untuk persaraan

Sudahkah kita merancang kewangan untuk persaraan?

Statistik KWSP pada tahun 2013 jelas menunjukkan simpanan KWSP sahaja tidak mencukupi untuk membiayai kehidupan persaraan;

  1. 69% ahli mempunyai simpanan RM50,000 dan ke bawah
  2. 54% ahli mempunyai simpanan RM20,000 dan ke bawah
  3. 31% ahli yang masih bekerja pada umur 54 tahun

Secara purata jangka hayat penduduk Malaysia telah meningkat kepada 75 tahun, ini bermakna simpanan KWSP perlu bertahan selama 20 tahun lagi selepas bersara. Kita seharusnya dari sekarang merancang kewangan untuk persaraan!

Berapakah jumlah yang perlu kita ada untuk menampung kehidupan selama 20 tahun tiada pendapatan? Jom kita buat anggaran kasar.

Purata perbelanjaan isi rumah bandar selepas bersara (anggapan tiada lagi hutang): RM3000

RM3000 x 20 tahun x 12 bulan = RM720,000

Mengambil kira beban inflasi pada kadar 4% setahun;

4% x RM720,000 x 20 tahun = RM576,000

Jumlah = RM720,000 + RM576,000 = RM1,296,000

Kita perlukan sekitar RM1.3 Juta ketika umur 56 untuk bertahan sehingga 75 tahun!

Jika kita dalam kategori 69% iaitu hanya mempunyai simpanan RM50,000 ke bawah di KWSP maka kita seharusnya berfikir dari sekarang instrumen pelaburan apa yang boleh menjana pendapatan untuk kita kelak?

Antara aset yang boleh menjana keuntungan jangka masa lama semestinya hartanah (setelah dijual). Hartanah yang disewakan pula mampu memberikan aliran tunai positif (jika diurus dengan baik)

Selain itu, aset berupa saham terutamanya dari jenis low risk low return sesuai untuk kita raih untung jangka masa lama.

Pendapatan pasif dari perniagaan yang maju juga mampu memberikan pendapatan bulanan yang tetap.

Sebagai penyimpan nilai, emas juga baik disimpan dari awal untuk kita raih kenaikan harga di hari tua nanti.

Apa pun instrumen pilihan, seharusnya hari ini kita sudah merancang bagaimana mahu survive di hari tua kelak.

 

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini