SURI RUMAH JUGA PERLU ADA SIMPANAN

suri rumah juga perlu ada simpanan

Suri Rumah juga perlu ada simpanan!

Antara golongan ajaib yang sering terlepas pandang ialah golongan suri rumah. Kerja bertimbun tapi tiada gaji!

Pernah sahabat berkata, kerja beliau paling susah ialah sebagai rigger di offshore (betul, kerja mereka ini antara paling berat)

Tapi saya beritahu dia, “cuba kau jaga rumah time bini berpantang”. Pengalaman saya, lepas solat isya dan semua kerja selesai saya akan pengsan ­čśé

Betapa hebatnya golongan ajaib ini (isteri saya suri rumah sepenuh masa) dan saya berpendapat golongan ajaib suri rumah juga perlu ada simpanan.

Memang benar, golongan ajaib ini umpama ada poket 4 dimensi doraemon. Seluk sahaja keluar duit entah dari mana untuk bantu dalam perbelanjaan rumah.

Mereka ini juga menyimpan, dari duit belanja dapur para suami bagi setiap bulan. Namun keutamaan simpanan ini kebiasaannya diberikan kepada perbelanjaan mengejut anak-anak, dan keperluan rumah (bila tidak cukup)

Maka kita golongan suami, seeloknya bantu isteri yang tiada pendapatan ini dalam mengadakan simpanan khas buat golongan ajaib ini antaranya;

  1. Lebihkan dana pelaburan jika pelan takaful jenis investment linked
  2. Duit bonus atau duit job (freelance kerja sendiri), peruntukkan sekitar 5 – 10% untuk isteri tak bekerja sebagai simpanan mereka
  3. Simpan emas bentuk kecil (0.5g atau 1g) setiap bulan atau setiap dua bulan untuk isteri. Simpan terus dalam bekas khas untuk isteri. Emas meningkat nilai dalam jangka masa lama
  4. Paling kurang, alihkan RM100 setiap bulan ke dalam akaun GAP isteri dan kumpul emas berdikit-dikit

Bapa saya pernah berkata “Keep your wife happy and your home will be happy”

 

 

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini