TABUNG PENDIDIKAN ANAK

tabung pendidikan anak

Emas sebagai tabung pendidikan anak

Terdapat banyak instrumen simpanan yang boleh kita gunakan sebagai tabung pendidikan anak²

Simpanan pendidikan, takaful investment linked, ASB antara lain.

Namun, pernahkah kita pertimbangkan emas sebagai tabung pendidikan anak kita?

Jom kita tangok contoh ini;

Yuran pengajian UTM (uni lama saya) sekarang sekitar RM2495/semester (termasuk asrama)

Sekitar RM24,950 diperlukan utk kursus pengajian 5 tahun. Ini belum masuk duit makan dll. Tahun akhir kalau buat projek hardware, tambah lagi perbelanjaan!

Zaman saya belajar pun pinjaman PTPTN mencecah RM32,000. Lepas 16 tahun baru langsai bayaran balik. Penat bayar semula 😥

Bila mula menyimpan emas, saya nampak kelebihannya sebagai penyimpan nilai. Emas meningkat harga dan sesuai dijadikan simpanan jangka masa lama.

10 tahun lagi anak sulung saya mungkin ke universiti, jika difaktorkan inflasi pada kadar 2% setahun (minima), mungkin perbelanjaan universiti ketika itu boleh mencecah RM48,000!

Apakah kita nak warisan kita mengikut kitaran sama berhutang untuk belajar?

Saya tak nak ❎

Maka itu saya sudah mula menyimpan emas utk anak-anak sikit-sikit. Harapnya tak perlu mereka berhutang kelak untuk belajar.

Macam sahabat saya, beliau anak 4 orang jadi mungkin agak berat jika mahu menyimpan 1 gram untuk setiap anak² beliau.

Jadi, apa yang beliau buat ialah bulan pertama RM100 ditukarkan kepada emas dalam akaun GAP yang sulung. Bulan kedua lagi RM100 pula untuk anak kedua, dan seterusnya RM100 untuk anak ke-3 dan ke-4 di bulan-bulan berikutnya.

Sama banyak jumlah emas untuk anak-anak beliau. Lengkap dan Adil tabung pendidikan anak beliau 👍

Mungkin anda juga boleh cuba!

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini