TAK KAYA PUN JADI DEALER EMAS PUBLIC GOLD

dealer emas Public Gold

Dealer Emas Public Gold

Sebagai seorang freelance di industri oil & gas, saya selalu berpegang kepada kata² mak “langit tak selalu cerah”. Jadi asalnya emas saya simpan sebagai bentuk tabung yang susah nak dibelanjakan.

Pernah kawan bertanya, kenapa kau jadi dealer emas Public Gold?

Bila teringat balik, kisahnya bermula semasa pencarian maklumat mengenai emas fizikal.

Kalau pergi ke kedai banyak yg jual emas jongkong keluaran eropah malah ada juga keluaran tempatan. Harganya pun boleh berhenti jantung. Ketika itu kebanyakkannya bersaiz besar (20g dan 50g)

Saya bertanya kawan-kawan offshore. Masalahnya, bila sembang dengan mereka, ramai saja yang cerita ‘tersontot’ akibat join skim/MLM/scam bertopengkan emas.

Sehinggalah ada seorang kawan saya cerita mengenai Public Gold. Selidik punya selidik, dah lama rupanya syarikat tempatan ini bertapak di Malaysia. Ketika itu pun sudah hampir 7 tahun. Kenapa saya tak pernah dengar? Kalau Public Bank atau Public Mutual biasalah dengar.

Setelah yakin, saya pun beli 1 dinar dari mereka. Urusan sungguh mudah, transaksi online sahaja. Bila senang, terus ke cawangan untuk collection.

Dari situ baru saya tahu, boleh jadi dealer emas Public Gold. Ok juga, saya pun kerja freelance masa lebih fleksibel. Saya fikir, baik saya menulis dan bercerita mengenai emas menurut pengalaman saya sendiri, maka lahirlah blog ini.

Ada juga orang kata “acah-acah sharing je ni”. Terpulanglah, kita hidup pun bukan lama, jika ada sedikit ilmu ini yang bermanfaat, saya dapat juga amal jariah. Pahala berterusan biarpun sudah putus nyawa.

Nak kaya jadi dealer emas Public Gold? Komisen 1% – 2% saja. Kalau beli emas segram, sekarang sekitar RM180+ per gram, komisen baru RM1.80. Tak kaya pun. Esok lusa mungkinlah, jika sudah tertulis itu rezeki saya.

Yang penting saya hanya terus kongsi cerita, dengan harapan masyarakat umum lebih celik dengan emas sebagai simpanan alternatif.

“Jangan biarkan skim menghantui anda”

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini