TIPS ASINGKAN DUIT PERSONAL DAN DUIT BERNIAGA

asingkan duit personal dan duit berniaga

Saya dulu berniaga kecil² juga, satu saya perasan pentingnya kita asingkan duit personal dan duit berniaga

Ini antara punca ramai peniaga kecilan duit untungnya entah ke mana, termasuk saya dulu ketika berniaga walkie talkie dan kedai tinted.

Ketika itu saya rasa sudah cukup memadai dengan adanya catatan atau nota belanja di dalam handphone, dan di akhir bulan di-balance-kan akaun (ada yang buat benda sama? Teruskan baca)

Mungkin anda lebih baik dalam hal menguruskan kewangan peribadi dan perniagaan tetapi dari pengalaman saya eloklah asingkan duit personal dan duit berniaga secara fizikal.

Bagaimana?

  1. Buka akaun lain untuk perniagaan. Kalau ada daftar perniagaan, buka terus current akaun. Track record akaun perniagaan itu membolehkan anda membuat loan di kemudian hari.
  2. Asing dan sediakan petty cash untuk belanja perniagaan dalam envelope berasingan (macam mak dulu²). Jangan campur dengan duit personal. Kalau terguna pun, cepat² ganti.
  3. Sediakan buku lejar untuk monitor cash flow perniagaan. Sebagai permulaan, beli saja buku lejar di kedai buku (baru rm2-3). Bila sudah berkembang, boleh consider excel atau software accounting.
  4. Sediakan satu file untuk simpan SEMUA resit perbelanjaan, invoice, payment voucher etc. Sewaktu urusan strike-off kedai tinted saya dulu (sdn. bhd.), banyak dokumen tiada dan ada juga yang saya tak pernah simpan. Ini tak membantu auditor dalam menyediakan audited accounts. File ini juga boleh menjadi rujukan untuk tujuan deklarasi cukai (Borang B) ke LHDN

Ini hanyalah pendapat saya berdasarkan pengalaman tak seberapa berniaga dahulu. Mungkin ada cara yang lebih baik dan sesuai dengan anda. Apa pun kita harus berusaha untuk memajukan perniagaan kita, kan?

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini