TIPS BUKA BOOTH

Tips buka booth

Saya berpengalaman hampir 12 tahun bekerja (makan gaji dan kerja sendiri) dan salah satu pengalaman menarik ialah menjaga booth. Macam² juga event yang saya pernah join, baik di Malaysia dan juga negara luar. Jadi kali ini saya nak berkongsi tips buka booth dengan anda semua!

Tapi, buka booth sendiri bersama Public Gold adalah satu pengalaman yang unik dan lain dari lain – kerana pertama sekali, saya buka booth untuk diri saya sendiri.

Saya pernah ditugaskan menjaga booth beberapa kali di kesemua syarikat saya bekerja;

  1. Syarikat membuat meter – 2x; trade fair TNB bersama vendors di Doha, Qatar. Expo TENAGA
  2. Syarikat Singapura – 2x; OSEA di Singapura dan OGA di Malaysia
  3. Syarikat korporat Melayu – 1x; OGA di Malaysia

Saya ingin berkongsi beberapa tips dari pengalaman saya sendiri, mungkin saja berbeza dengan anda

  1. Sediakan kesemua barangan dan kelengkapan sehari sebelum event. Kalau boleh masukkan terus ke dalam kereta
  2. Jika boleh, amalkan buddy system iaitu sentiasa ada 2 orang yang menjaga booth. Senang kerja dan toilet break. Tambahan pula kalau bosan sekurang-kurangnya ada teman.
  3. Hari event – mulakan hari anda dengan positif. Jauhi perkara yang menyerabutkan kepala anda. Anda nak berjumpa orang, hati tak senang macam mana nak senyum? Makan siap² dan elakkan makanan yang boleh buat perut tidak selesa.
  4. The 5 second rule – Ketika orang lalu lintas, berdiri di depan booth dan perhatikan orang yang memberikan perhatian ke anda dan booth anda lebih dari 5 saat.  Ketika ini pengunjung akan assess pemakaian dan pembawaan anda, produk syarikat dan presentation booth. Rebut peluang ini untuk memberikan impak. Jangan gelojoh, sentiasa bertenang. Tidak perlu pun bercerita perihal syarikat atau produk. Tanya khabar juga boleh jadi pemula bicara.
  5. The 10 second rule – Anda hanya ada 10 saat untuk membuat introduction yang ringkas dan padu yang boleh menarik perhatian pengunjung anda untuk stay lebih lama. Kebanyakkan yang berjaya akan pitching permasalahan kepada pengunjung dan solusi yang ditawarkan. Teknik ini juga sekarang sering saya lihat digunapakai di dalam online marketing
  6. Info produk atau servis syarikat hendaklah sentiasa dalam memori. Gunakan apa saja teknik bagi membantu anda simpan dan keluarkan info dari memori yang diperlukan. Kebiasaanya selepas 10 saat, pengunjung sama ada akan terus mendengar (jika masih berminat) atau terus ke sesi Q&A. Spend masa 5 minit sahaja, attention span manusia tak lama.
  7. Closing – Cuba dapatkan maklumat (terutamanya no telefon) pengunjung untuk anda follow up. Jeffrey Gittomer, penulis “The Sales Bible” pernah berkata – “Follow Up 9 times”

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini