fbpx

TIPS JIMAT BELANJA MAKAN

tips jimat belanja makan

Jika bekerja di pejabat, makan dan minum boleh jadi penyumbang terbesar belanja harian kita. Jadi, hari ni saya nak kongsi tips jimat belanja makan, mungkin boleh bantu anda

Tips ini ada sahabat saya kongsi dahulu. Beliau kata “Hang tak mau ter-over-belanja? Toksah la bawak duit banyak dalam wallet”

Ketawa kecil, sebab datang hujung bulan memang tak banyak pun duit dalam dompet.

Masa bekerja di syarikat korporat Melayu memang kebiasaan dalam dompet sekitar RM100 sehari, padahal yang diperlukan cuma sekitar; RM30 (breakfast sembang kosong, lunch, rokok)

Saya biasa pulang lewat, maklumlah operasi oil & gas ini jalan 24 jam. Kadang² tu saya dinner sekali di pejabat. Jadi sehari boleh makan sehingga RM50. Lagi RM50 saya simpan kononnya sebagai ‘duit back-up”

Sebabkan ada “duit back-up” ni lah, otak saya lebih laid back; “Takpalah, hari ini beli rokok mahal lah!” ataupun “Hmm, petang nanti nak pekena kopi sedap lah!”. Ini semua belanja tidak perlu, sebab asalnya kita sudah ada peruntukan untuk belanja harian.

Saya ikut cakap sahabat saya.

Setiap hari maksimum saya bawa ke pejabat RM50, kadang kurang. “Duit Back-up” saya alihkan ke lokasi rahsia sekitar meja saya, malah saya jadikan saja RM100 mana tahu tiba² perlu ke Kemaman. Duit tu juga lah guna untuk minyak dan tol sementara tunggu claim.

Nasihat sahabat saya menjadi. Bila duit cukup² saja, lalu sebelah Cha Time walaupun terliur, sudah tahu dalam kepala “Duit dalam dompet ngam² saja”.

Memang tak beli. Selamat duit RM5.90!

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini