Arkib

Tags

tips pajak gadai emas

TIPS PAJAK EMAS DI AR-RAHNU POS

Antara kelebihan memiliki emas, adalah untuk digunakan sebagai pajakan di Ar Rahnu untuk mendapatkan pinjaman tanpa faedah. Cuma, ada beberapa tips pajak emas yang perlu kita tahu untuk memudahkan hidup

Bagi saya, memajak emas ada dua sebab 1) dijadikan pusingan modal berniaga 2) dijadikan talian hayat ketika betul² gawat. Namun, mungkin lain orang punya sebab yang tersendiri.

Tak kisah untuk apa pun sebabnya, satu tips saya nak kongsi; jika anda bercadang memajak sejumlah emas yang banyak, asingkan kepada beberapa surat pajakan, melainkan memang barang yang dipajak itu barangan yang besar contohnya emas jongkong 100 gram.

Ini kerana;

  1. Pajakan emas berjumlah kecil lebih mampu ditebus balik.
  2. Jika kita tidak mampu menebus semula, surat pajak bernilai kecil lebih mudah untuk dijual (ada ramai pembeli surat pajak gadai menawarkan harga berpatutan)
  3. Jika dalam tempoh pajakan tersebut, mungkin ada orang ingin membeli emas anda, tetapi tawar hati kerana barangan berada dalam surat pajak yang sama dengan barangan lain

Ada bezakah jika satu surat atau dua atau lebih?

Jom kita tengok sikit contoh kiraan. Contoh ini kita anggap memajak emas di Ar Rahnu Pos, dengan pinjaman diberikan sebanyak 70% dan upah simpan ialah RM0.85/RM100 nilai marhun.

Nilai marhun ialah nilai tawaran gadaian. Dalam kiraan ini untuk memudahkan kiraan saya ambil harga PG BUY sebagai rujukan. Nilai marhun Pos ada tertera di kaunter dan dikemaskini setiap hari.

Andai kata, saya ada 2 keping 5 Dinar dan 1 keping 10 Dinar. Berapakah jumlah pinjaman dan upah simpanan jika saya memilih samada;

  1. Satu (1) surat pajak = 1 keping 10 dinar
  2. Dua (2) surat pajak = 1 keping 5 dinar setiap satu surat

Kiraan 1 surat pajak 1 keping 10 dinar:

1 x 10 Dinar = RM7361
70% pinjaman = RM5152.70
Upah simpan (0.85 sen setiap rm100) = RM43.80

Kiraan 2 surat pajak 1 keping 5 dinar setiap surat:

1 x 5 Dinar = RM3661
70% pinjaman = RM2562.70
Upah simpan (0.85 sen setiap rm100) = RM21.78

Kita ada 2 keping 5 dinar, jadi;

Jumlah pinjaman = 2 x RM2562.70 = RM5125.40
Jumlah kos simpanan = 2 x RM21.78 = RM43.57

*nota: ini hanyalah contoh kiraan kasar. Untuk kiraan tepat anda harus ke Ar Rahnu dan dapatkan butiran nilai marhun dan upah simpan semasa dan GST

Banyak tak beza?

Tak sangat kan. Walaupun nilai pinjamannya sedikit kurang tapi dengan memecahkan kepada beberapa surat pajak yang lebih kecil sebenarnya membawa lebih banyak faedah.

Jadi jika mahu memajak banyak barangan emas, minta saja staff kirakan untuk kita andai kata kita mahu memecahkan pajak gadai kepada beberapa surat.

Semoga tips pajak gadai emas ini bermanfaat

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini