Salah satu tips kurangkan hutang yang saya belajar dulu ialah menggunakan ‘kaedah snowball’
Ini hanyalah nama, sempena dengan cara orang putih membuat snowball atau bola salji. Mereka membuat snowball bermula dengan bola salji kecil dalam tangan, dan bila digolek bola salji itu bertambah besar dan semakin membesar.
Kaedah pengurangan hutang ini bermula dengan menyelesaikan hutang paling kecil kepada yang paling besar. Bila hutang kecil selesai, duit untuk hutang kecil itu di-roll over ke hutang kecil seterusnya.
Contoh;
- kad kredit maybank RM500 (min RM50)
- kad kredit cimb RM2,500 (min RM125)
- kad kredit rhb RM5,000 (min RM250)
Andai kita ada RM500 setiap bulan untuk membayar hutang kad² ini, tidak mengambil kira cas % ke atas baki kad dan gaya hidup anda.
Menggunakan kaedah snowball, kita buat begini:
- Potong kesemua kad kredit
- Buat bayaran min bulanan RM125 ke kad cimb, RM250 ke kad rhb. Baki RM500 – (RM125+RM250) = RM125
- Bayar kad maybank RM125 dan bukan min RM50. Bulan ke-4, kad ini sudah boleh selesai
- Hutang kecil seterusnya ialah kad cimb RM125 bulanan. Sudah ada extra RM125 kerana kad mebank sudah selesai. Jadi ambil duit dari bayaran kad mebank RM125+RM125 bayaran bulanan kad cimb, jumlah RM250. Kad ini boleh selesai dlm masa 10 bulan
- Seterusnya kita serang kad rhb min RM250 sebulan. Tambah dengan duit lebihan dari penyelesaian kad maybank dan cimb, RM250 + RM250, bayar kad rhb RM500 sebulan. Kad ini boleh selesai dlm masa 10 bulan
Jumlah keselurahan 4+10+10 bulan utk menyelesaikan jumlah hutang kad kredit RM8000. Ini hanya kiraan mudah, untuk betul² kira kita perlu masukkan kesemua butiran ke dalam excel. Contoh ini lebih kepada mahu menunjukkan konsep snowball sahaja.
Kenapa kaedah ini sangat berjaya sebagai satu tips pengurangan hutang?
Jika kita bayar min bulanan, kita tak nampak progress, terutamanya hutang kad rhb iaitu paling besar RM5,000. Lama mahu diselesaikan. Bila kita cepat² selesaikan hutang kad paling kecil (maybank RM500) kita nampak progress bila hutang itu dah langsai.
Seterusnya hutang kecil no 2, kad cimb RM2,500 bila langsai, kita akan rasa kaedah ini menjadi, jadi semulajadi kita rasa seronok. Bila plan ini menjadi, tabiat kita automatik akan berubah, kita akan terus istiqomah membuat bayaran sehingga kesemua kad selesai
Ini bukan kisah tulis saja², ini kisah pengalaman saya sendiri. Hutang kad kredit saya di-adjust dengan balance transfer di antara kad² yang ada, sesuai dengan nilai yang saya rasa mampu kejar bayaran balik.
Alhamdulillah sudah banyak tahun tiada hutang kad kredit. Kad pun ada satu, itu pun biasanya ditinggalkan di rumah. Hanya bawa bila kerja dan travel. Kad ATM kan sekarang sudah ada fungsi debit?
Saya dahulu pernah berhutang kredit kad yang tak masuk akal, sebab itu saya nak berkongsi tips pengurangan hutang ini, semoga menjadi iktibar betapa bahayanya kad kredit berapi