TIPS SEBELUM MEMBELI EMAS

tips sebelum membeli emas

Sudah tentukan Posisi membeli emas? Nanti dulu, saya kongsi 3 Tips sebelum membeli emas

  1. Cash Flow positif?

Pastikan duit income anda melebihi perbelanjaan bulanan. Ini termasuk 10% duit simpanan berjaya diasingkan secara disiplin setiap bulan. Kalau tiada lebihan wang, bermakna anda hidup melebihi paras kemampuan anda. Sebab itu saya sarankan perlu ada cara dalam mem-bajet perbelanjaan bulanan.

  1. Duit Back-up 3 bulan cukup?

Sediakan dahulu tabung back-up 3 bulan, kalau ada emergency boleh pakai (contohnya diberhentikan kerja secara mengejut)

Boleh juga simpan emas sebagai tabung back-up. Emas kan mudah cair (senang dijual, senang pajak untuk dapatkan wang tunai). Tambahan pula sifatnya yang boleh membeku wang, anda kurang ‘terbelanja’.

  1. Hutang minima. Tiada hutang? Lagi bagus!

Rasanya zaman sekarang ini, semua orang tak lari dari berhutang. Cuma, afdhalnya kita menyegerakan hutang² jahat yang ada. Selepas penutupan kedai tinted, saya menstruktur semula hutang saya. 

Jika nak terus beli emas pun tiada masalah, duit kita kan. Cuma janganlah sampai berpinjam pula, entry ini saya hanya nak kongsi tips sebelum membeli emas dari pemerhatian dan pengalaman saya sendiri sahaja.

Jika belum ada simpanan solid tak perlu kita berkejaran nak membina kekayaan. Jika ada masalah dalam membina tabung simpanan pun boleh cuba simpanan emas fizikal. Asyik tunggu tengok harga naik turun sampai bila pun takkan beli!

 

 

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini