Anda baru dapat PG Code (PGXXXXXXXX) dan blur tidak tahu bagaimana nak mula? Di sini saya kongsikan sedikit sebanyak navigasi penting di website Public Gold – Update Bank Info
Penting untuk kita mengemaskini maklumat perbankan peribadi untuk sebarang kemasukkan tunai samada dari jualan semula, wang pulangan, insentif dsb dari pihak Public Gold. Ikuti langkah² berikut untuk mengemaskini maklumat
- Setelah login masuk, anda akan dipaparkan dengan page “My Account“. Klik butang “Update Bank Info” untuk mengemaskini maklumat perbankan anda
- Anda akan dibawa ke page seterusnya. Pilih dari drop down menu bank pilihan anda, dan masukkan butiran bank. Lampirkan gambar dari muka maklumat buku bank/bank info details dari akaun perbankan internet atau apa² bentuk bukti pemilikan nombor akaun dan muat naik dengan klik butang “Choose File“
- Akhir sekali klik butang “Submit”. System akan memberitahu anda kemaskini dalam proses. Pihak Public Gold akan menyemak butiran anda sebelum kemaskini database.