BELUM BELI RUMAH SENDIRI

beli rumah sendiri

Mak selalu bising sebab belum beli rumah sendiri lagi

Orang dulu² memang pentingkan aset, rumah sendiri jadi pilihan #1 lah! Selain daripada itu, orang dulu² suka kumpul harta seperti tanah, dan barang kemas

Hampi kesemua rakan² sebaya saya sudah ada rumah sendiri, paling kurang pun sebiji. Mana yang ikut sifu hartanah tu siap dah menyewakan kondo atau apartment untuk dijadikan aliran tunai positif. Mak saya pun hairan kenapa saya belum ada rumah, sebaliknya masih pilih untuk menyewa.

Ini berbalik kepada perbelanjaan kita sendiri. Masih ingat lagi dengan excel perbelanjaan bulanan? Jika mengikut plan perbelanjaan, saya hanya mampu allocate untuk rumah sebanyak RM1600 buat masa sekarang. Jadi dengan amount itu, banyak rumah yang saya tak mampu miliki. Umur pun sudah lanjut, nak masuk loan pun dah tak boleh dapat banyak.

Teringin juga nak beli rumah sendiri. Siapa tak nak?

Isteri saya ada tanah di sekitar perkampungan berhampiran Bangi, kami merancang untuk buat rumah sendiri satu hari nanti. Namun idealnya, kami nak tinggal di Terengganu sahaja. Rumah kampung di tepi laut. Masa lapang saya boleh ke Pulau Tenggol memancing ataupun diving.

Memandangkan hartanah merupakan aset yang besar dan buat masa ini agak sukar saya miliki (1.Mahal 2.Tiada punca pendapatan tetap) saya pilih emas sebagai aset awal. Kenapa?

  1. Bersaiz kecil dan bergantung kepada berat, harganya mampu milik. Sekarang pula ada akaun GAP. Sikit² lama² jadi bukit (emas)
  2. Jika berlaku darurat/perang di negara, saya ada aset yang boleh dibawa lari. Pernah dengar kisah pelarian vietnam bawa emas Kim Thanh? Emas keping nipis ini disisip dalam pelipat baju ketika mereka melarikan diri (ada yang sampai Malaysia)
  3. Emas bila disimpan lama nilainya akan meningkat, boleh saya jual dan jadikan modal untuk membuat rumah kampung di tepi laut idaman di kemudian hari. Atau paling kurang buat dulu rumah di Bangi.

Kalau mak saya baca entry ini, harap dia kuranglah bising dengan saya lepas ini.

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini