BERAPAKAH HARGA EMAS DUNIA TERTINGGI DALAM SEJARAH?

Pada 22 Ogos 2011, harga emas dunia tertinggi adalah pada USD1889.70/oz

Sepanjang tahun 2007-2011 negara US mengalami krisis ekonomi yang teruk dan kemuncaknya tahun 2008 gara² huru-hara pasaran perumahan – krisis sub-prima. Cerita mudah, bank tarik balik rumah peminjam yang tak mampu bayar hutang, tapi tidak boleh pula jual rumah kerana terlalu banyak lambakan rumah dalam pasaran lelong.

Memandangkan ekonomi US berkait dengan hubungan antara negara, maka beberapa benua lain juga terkesan dengan krisis ekonomi US. Maka bermulalah para pelabur mengalihkan duit mereka kepada aset selamat sebagai hedging, seperti bond dan emas.

harga emas dunia tertinggi

Jika diperhatikan carta sejarah 10 tahun di atas, harga emas dunia tertinggi sudah tidak jauh dengan harga emas semasa (ketika artikel ini ditulis). Malah di Kitco.com juga dilaporkan market rating pada 7.5, iaitu “bullish” atau dalam trend menaik.

Logam berharga ini dengan USD sangat berkait rapat, malah dengan beberapa peristiwa semasa menambah lagi ketidak-tentuan ekonomi US melonjakkan lagi harga emas ke hadapan.

Antara lain:

  1. Rusuhan telah melanda US dimana protes besaran anti kekejaman polis berlaku kerana kematian George Floyd ketika ditahan oleh polis Minneapolis. Beratus orang penunjuk perasaan telah ditahan di seluruh US dan kebanyakan bandar-bandar besar US, rusuhan melanda.
  2. Situasi rusuhan ini bertambah teruk kerana dunia sekarang sedang dilanda pandemik COVID-19 malah US sekarang berada di carta teratas dalam statistik wabak ini dengan lebih 100k kematian
  3. Kadar pengangguran US meningkat mendadak pada bulan April lepas (14.7%) dan dijangka mencecah sehingga 20%
  4. Perang perdagangan US-China masih beterusan malah rancangan penarikan balik status perdagangan istimewa Hong Kong umpama menaburkan garam ke atas luka

Jadi, dalam situasi serba buruk ini ada kemungkinan pasaran saham US akan merudum, dan harga emas memecahkan harga resistance paras USD1761/oz seterusnya meroket naik dan mungkin akan merekodkan harga emas dunia tertinggi yang baru.

Tapi, saya bukan bomoh boleh meramal masa depan. Presiden US kan orang bisnes. Beliau pasti ada agenda untuk mengukuhkan ekonomi negaranya.

Apapun, jika mahu beli emas, usah bertangguh lagi kerana harga paling murah sudah lama terlepas dan harga paling mahal pasti ada di masa depan.

Jadi, beli saja sekarang.

padawanemas @Public Gold |PG00057567

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini