EMAS BOLEH BANTU ORANG STATUS BANKRAP

status bankrap

Dari dulu, emas tiada dalam sistem kewangan, jadi menyimpan emas boleh bantu orang status bankrap

Update: Akta mengenai undang-undang kebankrapan yang kini dikenali sebagai Akta Insolvensi mula berkuat kuasa pada Jumaat lalu (6 Oktober 2017).

Bulan lepas ada seorang kenalan lama menghubungi saya, katanya beliau ingin membeli emas untuk menggantikan simpanan emas beliau.

Khabarnya beliau telah diisytiharkan muflis beberapa tahun lepas. Kerana apa saya tidak bertanya pula, hal peribadi.

Sambil bercerita tentang akaun Gold Accumulation Program (GAP), beliau pula berkongsi kisah bagaimana emas membantu beliau dalam mengharungi hidupnya

Selepas sah status bankrap, kesemua akaun beliau dibekukan – akaun bank, Tabung Haji, ASB.

Walaubagaimanapun, Jabatan Insolvensi Malaysia membenarkan beliau membuka sebuah akaun baru (terhad). Namun tempoh untuk mendapat kebenaran pembukaan akaun ini memakan masa, jadi sementara itu macam mana nak hidup?

Beliau menjual dan memajak emas – hampir kesemua emas perhiasan dalam simpanan beliau digadaikan dan dijual bagi menyara kehidupan dan perniagaan.

Kelebihan emas khususnya emas fizikal untuk orang yang diisytihar bankrap;

  1. Jumlah emas dalam tangan tiada siapa pun tahu. Emas adalah unik yang mana jumlahnya tidak direkod dalam sistem kewangan dan perbankan (kecuali emas Gold Investment Account – GIA dan se-angkatan)
  1. Tiada sekatan untuk orang muflis untuk membeli dan menjual emas.
  1. Tidak ada masalah pun menggadaikan emas untuk mendapatkan pinjaman. Ar-Rahnu tidak menyimpan rekod orang yang diisytihar muflis. Kecuali Ar-Rahnu bank

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini