Arkib

Tags

  • Home
  • Mesti Baca
  • KITA PERLU TAHU RISIKO PELABURAN EMAS JIKA MAHU MELABUR
risiko pelaburan emas

KITA PERLU TAHU RISIKO PELABURAN EMAS JIKA MAHU MELABUR

Seorang yang berminat dengan pelaburan emas hendaklah memahami dahulu risiko pelaburan emas..

Bila dengar orang bercerita memang yang indah sahaja, yang tak best biasanya orang tak cerita, ish malulah cerita. Jadi kali ini saya cuba mengupas sedikit sebanyak mengenai segitiga pelaburan emas agar anda semua lebih faham mengenai risiko yang ada dalam pelaburan emas.

Cuba kita lihat segitiga pelaburan emas di atas. Secara amnya, risiko semakin meningkat mengikut kategori dari bawah ke atas;

Perlindungan; Emas fizikal yang disimpan di tangan contohnya jongkong emas, dinar emas

Emas merupakan aset fizikal berharga. Setiap negara pasti ada menyimpan logam ini sebagai rizab. Aset fizikal ini bersifat kekal lama, jadi tidak hairan ramai yang menyimpan emas fizikal ini sebagai pelindung aset dan pelaburan jangka masa lama. Logam berharga fizikal jatuh dalam kategori ini: mempunyai risiko pelaburan rendah, melainkan anda join skim cepat kaya

Simpanan; Emas fizikal, allocated/unallocated gold account contohnya; gold accumulation program Public Gold, sijil emas

Simpanan emas jenis ini kelihatan ‘maya’ dan risikonya pasti ialah status kewujudan logam berharga ini, dan kebolehan untuk kita sebagai penyimpan atau pelabur meng-aksesnya. Tambahan pula, sebagai umat Islam perlu emas itu wujud dalam urusan jual beli. Nak mudah, carilah syarikat yang sudah ada sijil patuh syariah.

Pelaburan; ETF (Exchange Traded Comodities), saham emas syarikat

Pelaburan emas ETF (Exchange Trade Commodities) di Malaysia, kini sudah banyak yang syariah komplian dan didagang di Bursa Malaysia. Dana saham yang didagangkan di jamin oleh emas fizikal (biasanya dengan cara allocated gold account). Namun, seperti mana pelaburan berisiko rendah lain, ia perlu juga pengawasan pelabur jika mahukan pulangan maksima. Jika tidak, asyik margin call + broker fee, kita boleh menangis.

Spekulasi; Pasaran kehadapan (Gold Futures)

Pelaburan ini merupakan yang paling berisiko, kerana impaknya besar – samada untung mahupun rugi. Secara amnya, seorang pelabur akan membeli emas pada harga masa depan, sekarang, dengan kadar leverage bersesuaian.

Untuk memastikan pembeli itu untung, mereka akan membuat spekulasi belian/jualan (biasanya market movers, baca: bank besar). Jadi sejauh mana spekulasi ini menentukan harga tertentu masa hadapan, iaitu penentu samada untung atau rugi bila dijual

Untuk kategori Pelabur, apapun seseorang itu perlu melengkapkan diri terlebih dahulu dengan ilmu membaca carta, analisa pergerakan harga dll. Jika ada ilmu psikologi membeli manusia pun bagus, boleh membantu dalam mengawal risiko pelaburan emas ketika belian/jualan.

risiko pelaburan emas
Carta kredit Sifu Hafiz Gab

Jadi, mungkin anda baru nak bermula nak membeli logam berharga ini, tentukan dahulu posisi anda samada seorang Penyimpan, Pelabur, atau Peniaga. Dan fahami turus risiko pelaburan emas

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini