Arkib

Tags

  • Home
  • Mesti Baca
  • FAKTOR MEMPENGARUHI HARGA EMAS DUNIA – KADAR FAEDAH FED FUND

FAKTOR MEMPENGARUHI HARGA EMAS DUNIA – KADAR FAEDAH FED FUND

Bahagian 3 siri Faktor Mempengaruhi Harga Emas dunia kali ini akan menyentuh – Peningkatan kadar faedah Fed Fund US

Pertama, jom kita faham sedikit tentang US Federal Reserve System, atau ringkasnya Fed. Dahulu lebih dikenali sebagai Central Bank dan ditubuhkan sekitar 1913 dengan beberapa tujuan:

  1. Menyelesaikan masalah “Bank Panic”. Rujuk “Fractional Reserve Banking” dan kesannya jika berlaku lambakan pengeluaran
  2. Berfungsi sebagai Bank Pusat. Seperti mana² negara lain, pasti ada bank negara yang menjaga rizab negara
  3. Bank Pentadbir. Memastikan akta perbankan negara dipatuhi oleh semua bank
  4. Sebagai bank deposit/pengeluaran tunai se-rantau (ada 12 kesemuanya di Amerika)

Di dalam Fed, atau lebih spesifiknya bahagian US Federal Reserve (Rizab Persekutuan US) ada sebuah jawatankuasa yang menentukan polisi kewangan negara Amerika iaitu Federal Open Market Committee (FOMC).

Setiap hari, kesemua bank Amerika perlu ada jumlah minima di dalam simpanan masing². Jika tidak mencukupi, bank perlu meminjam duit dari Fed Fund; sebuah dana di bawah seliaan Federal Reserve

Bank yang meminjam dari Fed Fund ini pula akan dikenakan faedah, yang dipanggil Fed Funds Rate. Kadar faedah ini pula ditentukan oleh FOMC berdasarkan kadar pertumbuhan negara Amerika

Di sini berlaku percanggahan pendapat di kalangan ilmuan kewangan. Team A mengatakan kenaikan kadar faedah Fed Fund ini melemahkan harga pasaran emas (kerana USD menguat).

Team B pula, mengatakan sebaliknya/menyangkal kaitan antara kenaikan kadar faedah fed fund menjadi faktor mempengaruhi harga emas dunia.

Sejak pemansuhan Quantitative Easing atau mudahnya “Cetak Duit” pada tahun 2013, FOMC telah menaikkan kadar faedah Fed Fund dari 0.25% ke 2.5% setakat 20 Disember 2018

Anda boleh semak sendiri jadual mesyuarat jawatankuasa FOMC beserta minit mesyuarat dan nota implementasi

Jadual Mesyuarat FOMC

Atau mungkin lebih mudah, layari forexfactory.com dan semak bahagian kalender. Tukarkan masa ke masa tempatan (contoh Malaysia GMT +0800hrs) dan bahagian filter check USD sahaja.

faktor mempengaruhi harga emas

Menurut sejarah kenaikan faedah Fed Fund FOMC, kadar faedah dinaikkan seperti berikut (ditukarkan ke waktu Malaysia)

  • 0.5% pada 17 Dis 2015
  • 0.75% pada 15 Dis 2016
  • 1.0% pada 16 Mac 2017
  • 1.25% pada 15 Jun 2017
  • 1.5% pada 14 Dis 2017 
  • 1.75% 22 Mac 2018
  • 2.0% 14 Jun 2018
  • 2.25% 27 Sep 2018
  • 2.5% 20 Dec 2018
Sejarah 5 tahun kenaikan faedah Fed Fund (Macrotrends)

Di bawah ini pula data sejarah pergerakan harga emas dunia


Sejarah 5 tahun harga emas dunia (Macrotrends)

Untuk tujuan syok sendiri jom kita overlap-kan kedua² graf ini sepatutnya kita akan nampak pattern (jangka lama) kesan kenaikan faedah fed fund menjadi faktor mempengaruhi harga emas atau tidak.

Kenaikan faedah fed fund vs harga emas dunia

Macam mana, menarik tak?

Jadi macam mana Team A boleh mengatakan kenaikan kadar faedah Fed Fund ini melemahkan harga pasaran emas (kerana USD menguat)? Ini, kita kena tukarkan timeline kepada minit.

Jika anda kategori Pelabur, setkan dalam Meta Trader 4 ke H1, H4 dan analisa sendiri pada tarikh² yang tersenarai di atas. Kejatuhan harga emas ada berlaku, sejurus selepas pengumuman kenaikan faedah fed fund.

Masyuklah jika anda ambil peluang pada harga dip selepas pengumuman dibuat. Tapi jika kategori Penyimpan, layankan saja.

Cuma jika diperhatikan trend seperti overlay, yang saya nampak pengumuman kenaikan faedah fed fund bererti hampir pasti berlaku correction setelah downtrend.

Apa pun terdapat banyak lagi faktor mempengaruhi harga emas dunia dan kita tidak boleh mengambil kira satu sahaja.

Apa pendapat anda? Sila tinggalkan komen

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini