AKU FREELANCE KERJA ROV PILOT

Mungkin ada yang tertanya, pekerjaan apa yang saya buat. Sejak dari tahun 2007 saya berkecimpung dalam kerja ROV Pilot..

Pertama sekali, kepada semua yang kerja makan gaji mahupun kerja sendiri saya nak ucapkan “Selamat Hari Buruh”

Pekerjaan ini unik, kerana kebanyakkan dari kami bekerja sebagai freelance, maka masa lebih fleksibel. Pendapatan pula kebiasaannya berkadaran dengan harga minyak semasa. Zaman harga minyak meletup, gaji kami pun meletup juga.

kerja rov pilot

Saya sudah hampir 11 tahun dalam industri ini; dari pembuatan ROV, baik pulih, support services, project management dan akhirnya saya lebih selesa freelance sebagai seorang ROV Pilot/Tech

Untuk bermula, anda boleh semak beberapa pusat latihan:

  1. Subnet Sevices, Filipina
  2. The Underwater Center, UK
  3. MTCS, UK/Singapore

Terdapat juga beberapa syarikat yang melatih ROV pilot dan terus diserapkan ke dalam syarikat seperti;

  1. Oceaneering
  2. Fugro

Pendapatan orang offshore macam yang biasa anda dengar lah, sedikit luar biasa jika dibandingkan gaji di darat. Kalau ada kerja baguslah. Sekarang zaman sudah suram, pendapatan pun tak semeriah dahulu. Kalau kena potong separuh gaji pun sudah cukup baik.

Nak dapat kerja pun tak senang, ramai kawan² lain pun mereput di darat. Saya sendiri pun pernah tak bekerja setahun setengah. Sebab itu penting ada simpanan.

Jadi, jika anda berminat mengejar kerja yang nampak macam best ni, saya ucapkan selamat maju jaya di masa mendatang.

padawanemas @Public Gold |PG00057567

2 Comments

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini