SELAMATKAH PELABURAN EMAS DI MALAYSIA INI?

pelaburan emas di malaysia

Paling tipikal malah mungkin antara yang popular, ialah SCAM yang bertopengkan pelaburan emas di Malaysia yang menjanjikan bulan bintang

Yang kita hairan, kebiasaannya, warga scammer ini biasanya dari kalangan ‘circle’ yang sama sahaja. Orang kata pusing² muka sama, cuma ada hari main bitcoin, ada hari main emas, ada hari main kopi. Yang pasti, akhirannya sangat tidak baik – tersontot

Yang lagi kita hairan, ada orang yang tak serik² terkena sontot scammer ini. Macam tidak puas kena tipu wang harta benda dan masa. Apakah bodoh sangat kamu ini? Eh, tak. Sekarang tahun 2020, kita pun ada kereta terbang sekarang.

Malah saya pernah sembang kopi dengan beberapa manusia unik yang tak serik sertai scam. Secara amnya, saya boleh rumuskan seperkara. Mereka rasa mereka ‘pandai’. Bukan saya kata kawan² saya ini bodoh. Tidak, jauh sama sekali.

Yang saya maksudkan, mereka ini merasakan mereka boleh ‘beat the system’. Dalam konteks skim ponzi, mereka kata sudah merangka ‘exit plan’ atau strategi sebelum kena ‘flush’ (terma untuk sistem MLM atau SCAM yang sudah tepu dan perlu dijahanamkan)

Cuma mereka lupa, scammer ini manusia bijak pandai yang sudah bina skim atas skim untuk scam orang sehingga tersontot. Segala selok belok menipu sudah dalam kocek dik. Apalah sangat scam baru pelaburan emas di Malaysia.

Bagaimana pula dengan rakyat biasa yang termakan dengan permainan scammer ini? Makcik, Pakcik, Abang, Adik.. ada beberapa indikator biasa yang perlu kita hidu awal untuk mengenal pasti pelaburan emas di Malaysia itu scam/penipu, antaranya:

Menjanjikan pulangan yang sangat lumayan. Senang saja, if it’s too good to be true then it’s not true. Siapalah yang baik hati nak bagi kita pulangan yang lumayan. Baik dia kaya seorang, kan?

Menunggang agama/bangsa. Ini tektik biasa, selalunya berimejkan alim atau pun ultra sesuatu bangsa. Saya tak tahu bangsa lain, tapi jika Melayu, ada beberapa ayat biasa yang dicanangkan untuk membakar semangat bangsa untuk join skim

Memberikan pulangan setiap bulan. Ini paling bahaya. Sedia maklum, jika beli emas contohnya 1 kg, maka perlu dapat dalam tangan kita 1kg. Macam mana pula jika kita join skim, yang mana emas 1 kg yang kita beli mereka pegang sekejap untuk dilaburkan semula (ke pelaburan yang kita pun tak pasti) dan boleh pula mereka ini memberikan pulangan bulanan kepada kita. Ikut poin #2 (agama) – mereka menggunakan terma Islamik contohnya “hibah bulanan”

Suka menunjuk kemewahan tak masuk akal. Memang benar ada orang sukses berniaga dan mereka ini sangat kaya raya, tapi jika dengan bergambar menayangkan kereta mewah, bercuti di atas kapal mewah, mengkipaskan duit di tangan. Itu sangat memusykilkan. Kan beriya benar mahu menunjuk?

Kita perlulah bijak. Sebagai permulaan, jika terhidu sesuatu yang memusykilkan percayalah pada gerak hati sendiri. Usah dengar sembang orang lain. Kita boleh semak status syarikat yang disyaki skim atau scam di website bank negara – alert list.

Biar orang kata kita bodoh, jangan pula kita dibodoh-bodoh

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini