Arkib

Tags

BILA MASA SESUAI BELI EMAS?

Saya sering juga mendapat soalan, khususnya dari orang² yang baru nak berjinak² dalam pelaburan emas; bila masa sesuai beli emas?

Ini kerana bila tengok saja harga emas, dirasakan mahal. Sebenarnya, logam berharga ini memang sentiasa mahal dan harganya akan terus meningkat berkadar dengan masa.

Masa paling sesuai beli emas, sebenarnya adalah beberapa tahun dahulu, ini kerana pastinya harga ketika itu rendah dari sekarang

#1 – Masa paling sesuai beli emas adalah sekarang dan bila ada duit.

Kenapa pula sekarang? Mudah sahaja, kerana esok lusa kita pun tak tahu harganya akan naik atau turun. Jika melihat kepada graf pergerakan harga emas contohnya, paparan harga adalah pada hari² sebelum dan pada hari ini. Jadi mana mungkin kita boleh tahu harganya esok atau lusa?

Hal yang kedua, beli emas bila ada duit dalam tangan. Tiada duit pun tak guna juga, kan? Malah, jika berhutang untuk membeli logam ini kan sudah lari konsep dalam adab menabung & melabur.

#2 – Buy Low Sell High

Ya secara amnya, strategi apa² pelaburan pun ialah “Buy Low Sell High” atau bila ketika murah, jual ketika mahal. Namun untuk logam ini ada keunikannya. Ini kerana emas boleh berfungsi sebagai instrumen kewangan berbeza iaitu 1) sebagai simpanan 2) sebagai pelaburan

Beberapa kali sudah saya kongsi, dalam membeli emas ini, kita haruslah tentukan dahulu posisi kita samada sebagai penyimpan, pelabur atau peniaga. Bila kita gagal dalam menentukan posisi kita, percayalah tak aman tidur malam.

Terumanya bagi yang baru² dalam simpanan & pelaburan emas, kerana dua ini konsepnya seakan-akan serupa tapi sebenarnya sangat berbeza. Dalam pelaburan contohnya, sebagai pelabur kita pastinya mahukan “Return of Investment” (ROI) yang maksima. Dalam melabur emas, berapakah harga yang dikatakan “murah” dan berapakah pula harga yang dikatakan “mahal”. Di sini saja, jelas seseorang itu perlu melengkapkan diri dalam ilmu analisa teknikal pergerakan harga emas.

Jika tiada ilmu ini, dan mengharapkan untung sahaja maka pasti akan kecewa. Jika mahu mendalami ilmu ini, saya syorkan mulakan dengan membaca buku ini

Bila masa sesuai beli emas

#3 – Beli Emas dan Lupa!

Sebagai seorang penyimpan, satu strategi yang sangat baik ialah “Beli & Lupa”. Bila ada duit, beli sahaja emas dan lupakan. Teruskan membeli tanpa peduli harga emas, beli sikit² pun boleh. Contohnya dengan akaun emas GAP, kita boleh beli emas serendah RM100! dan nilai ini ditukarkan ke berat emas setara.

Kenapa pula kita perlu lupakan? Kerana seorang penyimpan emas, kita fokus kepada penambahan berat atau gram emas. Ini kerana kita tahu harga emas akan sentiasa naik terutamanya pada tempoh masa lama, paling kurang pun 2-3 tahun.

#4 – Rugilah beli emas hari itu, sekarang harga dah turun

Ya bukan tak pernah jadi, hari ini kita beli banyak emas, dah la mahal sekali tengok tiba² harga turun. Bahasa mudahnya, “kita beli di pucuk” atau beli emas time harga tersangat puncak. Ini biasanya terjadi kerana beberapa faktor, kebiasaanya melibatkan ketidakstabilan geo politik benua atau rantau atau pun negara.

Dalam simpanan emas, yang kita perlu fokus adalah “kumpul gram” kerana lepas 2 ke 3 tahun, walaupun harga emas ada naik dan turun, kita boleh dapatkan “harga purata per gram” seperti saya jelaskan dahulu di sini.

Kesimpulannya, sebelum mahu mulakan membeli emas, tentukan dahulu posisi kita samada sebagai penyimpan, pelabur atau peniaga. Jika ini boleh ditentukan awal, kelak kita tidak akan serabut dan boleh tidur malam dengan tenang!

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini