Arkib

Tags

  • Home
  • Cara Mudah Nak Register Public Gold (Website)

Cara Mudah Nak Register Public Gold (Website)

Jika anda sudah membaca tentang Public Gold dan mahu mula membuka akaun, proses pendaftaran sendiri boleh dibuat secara online.

Pendaftaran ini sesuai untuk anda yang mahu membeli emas Public Gold, menggunakan akaun GAP, atau menyemak harga dan transaksi melalui website Public Gold.

Sebelum daftar, pastikan anda faham dahulu tujuan anda membuka akaun. Jangan daftar kerana terikut-ikut. Daftar bila anda sudah jelas kenapa anda mahu mula menyimpan emas.

Apa Yang Perlu Disediakan?

Sebelum mula daftar, sediakan maklumat asas seperti:

  • nama penuh,
  • nombor kad pengenalan,
  • nombor telefon,
  • alamat email,

Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul kerana ia akan digunakan untuk urusan pembelian, pengesahan akaun dan transaksi akan datang.

Langkah Ringkas Daftar Public Gold

1. Pergi ke link pendaftaran Public Gold

Klik link pendaftaran rasmi Public Gold yang diberikan oleh dealer anda atau jika mahu mendaftar menggunakan referral link saya, boleh klik di bawah.

link pendaftaran Public Gold di sini

2. Isi maklumat peribadi

Masukkan maklumat yang diminta seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat email.

Gunakan maklumat yang betul dan aktif supaya mudah untuk menerima makluman atau pengesahan.

register public gold

3. Semak maklumat sebelum hantar

Sebelum tekan butang hantar, semak semula semua maklumat yang telah dimasukkan.

Pastikan nombor telefon dan email tidak tersalah.

4. Selesai daftar

Selepas pendaftaran berjaya, anda akan mendapat paparan seperti ini

Seterusnya, sistem akan menghantar email dan SMS untuk pengesahan anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah klik pada link diberikan dan akan di bawa ke landing page Public Gold. Masukkan password baru bagi tujuan keselamatan.

Anda boleh login ke website Public Gold untuk melihat akaun anda, menyemak harga emas, membuat belian atau menggunakan fungsi lain yang disediakan.

Selepas Daftar, Perlu Terus Beli Emas Ke?

Tidak semestinya.

Anda boleh daftar dahulu, belajar cara login, semak harga emas dan fahamkan sistem Public Gold sebelum membuat belian.

Pada saya, lebih baik faham dahulu sebelum bertindak. Emas sesuai dijadikan simpanan apabila kita jelas matlamat, kemampuan dan tempoh simpanan.

Sebaik-baiknya, setelah 24 jam boleh buat pembelian pertama untuk mendapatkan PG code anda sendiri.

Jika Perlukan Bantuan

Jika anda tidak pasti cara daftar, atau mahu semak dahulu sebelum membuka akaun Public Gold, boleh hubungi saya di whatsapp.

Saya akan bantu setakat kemampuan dan pengalaman saya.

Yang penting, jangan terburu-buru. Faham dahulu, kemudian buat keputusan dengan tenang.

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini