• Home
  • Cara Mengeluarkan Emas dari Akaun GAP

Cara Mengeluarkan Emas dari Akaun GAP

Senang sahaja untuk mengeluarkan emas dari akaun GAP anda..

Akaun GAP ini kan umpama akaun bank, bezanya daripada keluar masuk duit, kita keluar masuk emas. Sebenarnya sangat mudah untuk kita kendalikan sendiri, kerana kesemua urusannya boleh dibuat secara online, kecuali pengambilan emas itu sendiri.

Di bawah ini cara untuk mengeluarkan emas anda

  1. Telefon cawangan terdekat, sediakan PG code atau nombor IC bila diminta staff, dan booking stok produk emas (minima 1g). Anda boleh mengeluarkan* emas LBMA mengikut berat pilihan anda.
  1. Datang ke cawangan pada tarikh ditetapkan, bawa IC dan wang tunai untuk bayaran premium. Di bawah ialah lampiran harga premium Public Gold.
premium aug 2017

Contoh kiraan premium:

Anda ingin keluarkan 10 keping 1 gram gold bar LBMA design rooster, jumlah premium yang perlu dibayar

10 keping x RM10 = RM100

*Pastikan minima 1 gram baki ditinggalkan di dalam akaun untuk akaun kekal aktif. Boleh untuk keluarkan kesemua emas anda sehingga tiada baki, namun akaun anda akan dinyahaktif dan bayaran RM50 akan dikenakan untuk pengaktifan semula

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini