Mungkin ada yang tidak tahu, kita sebenarnya boleh transfer (jual emas) dari akaun GAP ke C-Wallet dalam PG Mall
Di PG-Mall kita boleh shopping online untuk barang² biasa di platform online shopping yang lain, beli gold bar dan dinar, malah barang kemas.
Ikuti langkah² berikut untuk transfer GAP ke C-Wallet
Login masuk ke website Public Gold, dan terus ke bahagian GAP. Klik pada “Transfer”
Masukkan jumlah gram yang mahu transfer (jual semula) dari akaun GAP ke C-Wallet. Di bahagian “Transfer To”, pilih “C-Wallet”
Semak butiran dan jika berpuas hati klik “Confirm”
Sistem akan keluarkan notifikasi
Seterusnya klik “Account” dan semak status transaksi.
Nota: Nilai RM di C-Wallet dikira: PG Sell – 5%
Selepas 24 jam, taip “www.pgmall.my” di browser anda
Klik pada Login/Sign-up. Gunakan PG Code anda dan password sama di website Public Gold.
Klik pada “C-Wallet”
Semak baki “C-Wallet” anda untuk transaksi yang berjaya
Duit dalam C-Wallet ini seterusnya boleh digunakan untuk sebarang belian di PG Mall.
Namun untuk saya, duit transfer (jual semula) itu saya biasanya gunakan untuk membeli emas limited edition, ataupun koleksi terdahulu yang saya tiada.