Emas telah memainkan peranan penting dalam sejarah manusia selama beribu-ribu tahun. Keunikan dan keanggunan logam ini telah memikat peradaban dari zaman purba hinggalah zaman moden. Dalam artikel ini, kita akan menyelami sejarah emas dalam peradaban manusia, melihat bagaimana logam ini menjadi lambang kekayaan, kuasa, dan kecantikan.
#1 – Zaman Purba:
Kisah emas bermula jauh di zaman purba lagi. Manusia purba pertama kali menyedari kewujudan emas ketika menemui butiran-butiran kecil berkilauan di dasar sungai. Logam berharga ini ditemui secara semulajadi dalam tanah bercampur air yang lebih dikenali sebagai tanah aluvial. Sejak itu, manusia mulai menggunakan logam ini sebagai barang hiasan, simbol status, dan mata wang dalam perdagangan.
#2 – Peradaban Kuno:
Peradaban² kuno seperti Mesir, Mesopotamia, dan Rom menghargai emas sebagai simbol kekuasaan dan kemakmuran. Mesir Kuno menggunakan emas dalam pembuatan senjata, perhiasan, dan seni. Mumia Firaun yang terkenal dikuburkan dengan harta mewah termasuk logam berharga ini yang melambangkan kemuliaan mereka di dunia setelah mati.
#3 – Zaman Klasik dan Renaissance:
Pada zaman klasik dan Renaissance, emas terus menjadi lambang kekayaan dan keindahan. Empayar Rom menerbitkan syilling emas sebagai mata wang yang diiktiraf, dan mereka meluaskan pengaruhnya dengan menggunakan kekuatan ekonomi yang disokong oleh sistem monetori berasaskan syiling emas. Pada zaman Renaissance pula, seniman seperti Leonardo da Vinci dan Michelangelo mencipta karya seni yang memukau dengan menggunakan emas dalam lukisan dan patung mereka.
#4 – Penjelajahan Barat:
Penjelajahan Barat di abad ke-15 dan ke-16 telah membawa gelombang baru terhadap permintaan logam ini. Negara² Eropah menguatkan pencarian dan penggalian logam berharga ini di Amerika Selatan dan Amerika Utara, terutamanya di tempat seperti Peru dan California. Kegilaan emas ini mencetuskan lonjakan perdagangan dan kekayaan bagi negara² penjajah barat, tetapi juga mengakibatkan berlaku penindasan terhadap penduduk tempatan.
#5 – Sistem Standard Emas:
Pada abad ke-19, sistem standard emas diperkenalkan, di mana nilai mata wang ditentukan oleh jumlah emas yang disandarkan kepadanya. Sistem ini berkuasa selama hampir satu abad dan memberikan kestabilan kepada pasaran kewangan global. Namun, sistem ini ditamatkan semasa Perang Dunia I apabila keperluan perang menyebabkan negara² terlibat memutuskan ikatan emas sebaliknya bersandarkan kepada matawang dollar untuk menyokong perbelanjaan perang. Maka terbitlah sistem monetori fiat yang kita ada sekarang.
#6 – Emas Zaman Sekarang:
Walaupun emas tidak lagi digunakan secara meluas sebagai mata wang, ia terus menjadi pelaburan yang popular dan lambang kekayaan dalam masyarakat moden. Logam ini juga digunakan dalam pembuatan perhiasan, industri elektronik, perubatan, dan aplikasi teknologi tinggi seperti komputer dan telefon pintar.
Kesimpulan:
Sejarah emas adalah sebuah cerita yang menarik tentang kekayaan, kekuasaan, dan keindahan. Logam ini telah memainkan peranan yang sentiasa penting dalam peradaban manusia sejak zaman purba, dan nilainya masih kekal relevan hingga hari ini. Walaupun peranannya dalam sistem mata wang telah berubah, keunikan dan keanggunan logam ini masih menawan hati manusia. Dengan sejarah yang panjang dan penting ini, emas akan terus menjadi simbol nilai dan keunggulan dalam kehidupan manusia.