Arkib

Tags

InUmum

SEJARAH RINGKAS 1 DINAR EMAS

Seringkali kita dengar kisah pada zaman Nabi Muhammad (s.a.w), bagaimana 1 dinar emas boleh membeli seekor kambing..

Cuma, yang ramai tidak tahu, jika mengikut garis masa sejarah, zaman Nabi ketika itu menggunakan dinar lain sebagai matawang. Ketika itu dalam peredaran dan digunapakai adalah dinar dari Rom dan dirham Parsi.

Semasa di Mekah, ketika itu lebih diutamakan peneguhan tenaga penegak Islam daripada pemantapan hukum muamalat dan ekonomi. Rasullullah meneruskan sahaja penggunaan matawang Rom dan Pasir, malah terus digunapakai setelah pembukaan Madinah.

Sukatan (yang diterima pakai) ialah sukatan penduduk Madinah dan timbangan (yang diterima pakai) ialah timbangan penduduk Mekah.

Dan ketika itu, terdapat 3 bentuk ukuran untuk Dirham seperti berikut:

  1. 20 qirath (karat)
  2. 12 qirath
  3. 10 qirath

Disebabkan ada ketidaksamaan ini Baginda Rasulullah telah menetapkan Dirham Islam menjadi 14 qirath, dengan mengambil 1/3 dari semua dirham yang sedia ada.

20 qirath + 12 qirath + 10 qirath = 42 qirath /3 = 14 qirath

Untuk dinar emas pula, 10 dirham bersamaan dengan 7 mithqal emas, yang mana 1 mithqal adalah bersamaan 72 biji gandum.

Penyelarasan timbangan berat dirham dan dinar ini merupakan sumbangan Baginda Rasulullah dalam pembentukan mata wang Islam ke tamadun seterusnya.

1 dinar emas yang kita kenali sekarang berkeberatan 4.25 gram.

Sistem berat ini diterbitkan pada zaman Kerajaan Bani Umaiyyah (662-750M) pada zaman pemerintahan khalifah Abdul Malik bin Marwan

1 dinar emas
Dinar khalifah Malik Bin Marwan
Dirham Khalifah Malik Bin Marwan

Dinar emas ini berkeberatan 1 mithqal (4.25 gram) berketulenan 91.7% dan menggantikan dinar Rom dan Parsi. Dirham perak berkeberatan 6 dawaniq (2.975 gram) dan berketulenan 99.9% juga diterbitkan.

Seterusnya mencapai matlamat pemerkasaan Islam ketika itu iaitu:

  1. Membebaskan negara Islam dari menggunakan mata wang asing (Parsi dan Rom)
  2. Menyatukan seluruh umat Islam dengan satu mata wang
  3. Memperkasakan kerajaan Islam sebagai pengeluar matawang

Sekarang dinar emas tidak digunakan sebagai matawang rasmi, namun ada juga orang yang gunakan dinar dan dirham sebagai tukaran. Asalkan kedua pihak bersetuju dan beradakad, selesai.

Di Public Gold ada dijual 1 dinar emas tempaan tempatan. Selain dari kita boleh buat simpanan boleh juga kita cuba memakmurkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan kita. Insya Allah

Kesemua fakta dalam artikel ini dirujuk daripada:

Salmy Edawati Yaacob, (2012) Keunggulan dinar emas sebagai mata wang: kajian berdasarkan sejarah tamadun Islam.

Wikipedia

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini