Arkib

Tags

RUGI BELI BARANG KEMAS KECUALI MEMANG NAK MELAWA

Rugi beli barang kemas jika mahu dijadikan medium simpanan jangka masa lama..

Dari zaman dahulu barang kemas dipakai untuk mempamerkan status, kerana emas ialah barang berharga dan di sesetengah tempat sukar diperoleh. Berbeza dengan jongkong emas dan syilling, ia adalah jenis emas bentuk pelaburan.

Barang kemas dipakai untuk tujuan mencantikkan pemakai, dan ia kurang sesuai untuk dijadikan medium simpanan dan pelaburan.

rugi beli barang kemas

Apa kelemahan emas perhiasan untuk dijadikan simpanan?

  1. Harga per gram yang tinggi. Ini kerana harga lantai kebanyakkan kedai emas ditetapkan oleh Federation of Goldsmiths and Jewellers Association of Malaysia (FGJAM), yang biasanya terpampang di depan kedai atau belakang palang besi
  1. Ada kos tambahan – kos tukang/upah. Harga per gram akan ditambah pula dengan upah. Bergantung kepada skil tawar menawar masing², mungkin harga upah ini boleh jadi minima.
  1. Mempunyai spread yang tinggi – sekitar 15 – 30% mengikut kedai. Rugi banyak bila jual semula. Kita perlu tunggu lama untuk peroleh keuntungan.
  1. Biasanya dari ketulenan 916, ini kerana ianya lebih keras dan lebih senang dibentuk mengikut design yang cantik. Emas pelaburan kebiasaannya emas padu 999, ketulenan yang lebih tinggi.
  1. Lebih cerewet untuk digadaikan. Ujian tambahan seperti ujian kemagnetan dilakukan untuk menentukan tiada kandungan besi di dalam. Tambahan pula, berat keseluruhan akan ditolak sekiranya terdapat banyak batu permata.
  1. Kebanyakkan kedai mahukan resit asal sekiranya kita nak jual semula – kalau resit hilang?

Jadi terpulang kepada anda, jika suka melawa dengan barang kemas, baik beli sambil dijadikan pelaburan jangka lama. Tapi jika anda yang jarang² berhias dengan barang kemas, lebih baik beli emas bentuk pelaburan seperti jongkong dan syilling.

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini