Terdapat 2 beza gold bar dan dinar yang utama
Perbezaan pertama adalah pada bentuknya; iaitu gold bar berbentuk segi empat tepat manakala dinar berbentuk bulat.
Perbezaan ke-2 adalah sistem beratnya; gold bar kebiasaannya menggunakan samada sistem berat metrik (gram) atau imperial (oz). Ia bergantung kepada penggunaan sistem ukuran mengikut negara setempat. Bagi Malaysia, kebanyakkan gold bar yang dijual adalah dalam bentuk gram.
Untuk lebih jelas gambarannya, sila tonton video ini dengan senyuman. Saya juga ada kongsikan tips di hujung video bagaimana mahu membeli gold bar atau dinar ini pada harga sesuai poket kita.