• Home
  • Umum
  • BILA TIADA DUIT, SELAMATLAH DOMPET. BETUL KE?
bila tiada duit

BILA TIADA DUIT, SELAMATLAH DOMPET. BETUL KE?

Seorang freelancer akan melalui fasa survival mode, bak kata anak saya. Ini fasa di mana income terputus sementara dan bila tiada duit masuk..

Kadangkala letih juga nak bercerita, sebab ramai kawan² selalu ingat kita ini berduit. Tapi bila berkumpul sesama freelancer dan masing² dompet sudah mula nipis, mulalah keluar seringgit dua sahaja untuk tabung mengeteh.

Yang seronoknya time macam ini, bila berjumpa dengan kawan² yang seangkatan masa tiada duit ini, reti pula berjimat cermat kan. Tiada cerita mahu upgrade kereta, mahu upgrade motor, extend rumah, mahu bercuti ke sana sini, mahu beli barang kamera baru, mahu itu, mahu ini, mahu macam²

Fasa ini ialah bila semua orang akan berjimat cermat dan tidak berjoli. Jika RM50 dalam dompet, maka RM50 sahajalah yang akan dibelanjakan. Jika RM10 dalam dompet, maka RM10 sahajalah yang akan guna.

Ajaib kan?

Cuba jika tengah banyak wang, nak pula menghampiri perayaan, pastinya sale di sana sini. Jika wang banyak dalam dompet dan di bank, gatal saja tangan nak shopping. Kebanyakkan masa beli barang yang tak perlu pun, lebih kepada kita mencari sebab untuk apa dibeli barang itu.

Inilah masalah dengan “Bila ada Duit”. Kita nampak saja jumlah wang di dalam tangan, dan lumrah manusia memang suka berjoli.

Bila tukar ke mode “Bila tiada Duit”. Semua pun boleh berkira dan berjimat

Maka saya syorkan alihkan duit simpanan ke emas fizikal. Kerana dengan menyimpan emas, kita tak nampak lagi jumlah duit. Yang ada jumlah berat emas, itu pun memang kita takkan heran.

Insya Allah duit terselamat..







padawanemas @Public Gold |PG00057567

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini