Arkib

Tags

  • Home
  • Cara Update Profile Akaun Public Gold

Cara Update Profile Akaun Public Gold

Selepas berjaya login ke website Public Gold, antara perkara pertama yang elok dibuat ialah menyemak maklumat profile akaun anda.

Ini penting supaya maklumat peribadi dalam sistem adalah betul dan terkini, terutamanya untuk urusan pembelian emas, jualan balik, pengeluaran emas, penghantaran dan pengesahan akaun.

Kenapa Perlu Update Profile?

Maklumat profile yang betul boleh membantu melancarkan urusan anda dengan Public Gold.

Antara maklumat yang perlu disemak termasuk:

  • nama penuh,
  • nombor kad pengenalan,
  • nombor telefon,
  • alamat email,
  • alamat surat-menyurat,
  • dan maklumat lain yang berkaitan dalam akaun.

Jika ada maklumat yang salah atau sudah tidak digunakan, sebaiknya kemaskini terlebih dahulu sebelum membuat transaksi.

Langkah Ringkas Update Profile

1. Login ke website Public Gold

Pergi ke website Public Gold dan login menggunakan PG Code serta password anda.

Selepas berjaya login, anda akan masuk ke halaman My Account Public Gold.

2. Pergi ke bahagian Profile

Cari menu My Profile dalam akaun anda dan tekan drop down menu untuk memaparkan menu tambahan. 

Klik bahagian Update Profile untuk melihat dan menukar maklumat akaun yang telah didaftarkan.

3. Semak maklumat peribadi

Semak maklumat yang dipaparkan satu per satu.

Pastikan nombor telefon, email dan alamat adalah betul kerana maklumat ini digunakan untuk urusan komunikasi, verification code dan transaksi.

4. Kemaskini maklumat yang perlu

Jika ada maklumat yang perlu diubah, masukkan maklumat baru di ruangan yang disediakan.

Pastikan ejaan, nombor telefon dan alamat email tidak tersalah.

5. Simpan perubahan

Selepas selesai kemaskini, klik butang Get TAC.

Masukkan TAC yang dihantar ke sms atau whatsapp. Seterusnya klik Submit

Pastikan perubahan berjaya disimpan sebelum keluar dari halaman tersebut.

Selepas Update Profile

Selepas profile dikemaskini, saya cadangkan anda semak juga maklumat bank jika mahu menggunakan fungsi jual balik, withdrawal atau transaksi tertentu.

Maklumat profile dan maklumat bank yang betul akan membantu mengelakkan masalah ketika urusan dibuat nanti.

Nota Keselamatan

Jangan kongsikan password, verification code atau maklumat login akaun Public Gold kepada orang lain.

Jika anda tidak pasti cara kemaskini profile, boleh hubungi dealer anda atau pihak Public Gold untuk bantuan.

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini