Selalunya emas dikaitkan dengan kewangan, kali ini kita akan mengupas kegunaan emas dalam kehidupan seharian kita..
Logam ini juga banyak digunakan di dalam industri bagi membantu dalam urusan harian kita. Malah peratus kegunaannya di industri juga sedikit sebanyak menentukan market demand seterusnya mempengaruhi pergerakan harga sedunia
Pergigian
Satu ketika dahulu, ketika harga tidak terlalu mahal logam ini digunakan sebagai medium untuk menampal gigi kita. Malah, amalan ini dipraktikkan dari tahun 700 masihi (rujuk: Artzney Buchlein, tahun 1530).
Logam ini yang bersifat lengai (tidak berubah) dan non-alergi menjadikan ia bahan yang sesuai sebagai bahan tampal (aloi campuran), umumnya kerana lebih serasi dengan biologi manusia.
Malah, ketika saya bekerja di Turkmenistan dahulu, orang sana masih ramai memasang gigi palsu deperbuat daripada emas (juga sebagai pameran status)
Industri Elektronik
Zaman ini paling tidak, semua orang menggunakan telefon pintar. Aurum merupakan konduktor elektrik terbaik. Jadi tidak hairan logam ini digunakan secara meluas di sektor industri elektronik
Saya mula bekerja di kilang membuat meter, dengan pengkhususan PCB. Dalam pembuatan IC (Integrated Circuit), logam ini digunakan secara meluas sebagai ‘wirebond’, iaitu penyambung output wafer kepada pin. Malah, wirebond ini disimpan di kilang secara rapi dan saya masih ingat rakan² saya selalu komplen kerana perlu melalui pemeriksaan sekuriti yang ketat untuk keluar masuk ke tempat kerja.
Perubatan
Peralatan perubatan moden juga salah satu kegunaan logam ini dalam kehidupan kita kerana pastinya terdapat perkakasan elektronik. Malah, untuk pesakit rheumatoid arthritis kadangkala memerlukan rawatan berbentuk suntikan sodium aurothiomalate atau aurothioglucose (Garam Emas, rujuk Jennifer Minigh, in xPharm: The Comprehensive Pharmacology Reference, 2007)

Aero-Angkasa
Kegunaan logam ini dalam kehidupan angkasa adalah untuk memancar semula radiasi sinar merah. Jadi, kesemua lapisan luar struktur kapal angkasa US Columbia diselaputi polimer campuran logam kuning ini.
Selain dari memberikan perlindungan dari pancaran radiasi merbahaya, polimer campuran ini juga dapat membantu dalam mengawal suhu badan kapal angkasa
Nah, siapa kata emas tiada kegunaan lain selain dari instrumen kewangan?