Arkib

Tags

InUmum

BAHAYA BERHUTANG DALAM ISLAM

Berhutang merupakan satu perkara yang sering kali dibincangkan dalam konteks kehidupan ekonomi serta agama, terutamanya dalam Islam. Hal ini dinyatakan dalam Al-Quran dan hadith, tentang bahaya berhutang dalam Islam di mana kita digalakkan untuk mengelak daripada berhutang semungkin boleh.

Di bawah ini adalah beberapa bahaya utama berhutang menurut pandangan Islam:

#1 – Beban Hutang Membawa Kesusahan

Islam menggariskan bahawa berhutang boleh menyebabkan bebanan yang besar kepada individu. Jika seseorang itu tidak dapat memenuhi tanggungjawab hutang dengan sempurna, ini boleh menimbulkan kesusahan dan tekanan emosi yang besar. Ini, hanya terpakai untuk mereka yang normal kerana ada juga manusia yang bila sudah berhutang tapi tiada usaha untuk menyelesaikan hutang².

#2 – Kemungkinan Terlibat Dengan Riba

Berhutang dengan keadaan yang melibatkan faedah (riba) adalah dilarang dalam Islam. Riba dianggap sebagai satu bentuk penindasan dan kezaliman terhadap individu yang lemah ekonominya. Allah SWT telah mengharamkan riba dalam Al-Quran dengan sebab yang jelas.

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

Al-Baqarah 2:275
#3 – Gangguan Dalam Ibadah

Keadaan berhutang yang berlarutan boleh mengganggu ibadah seseorang. Sebagai contoh, seseorang yang berhutang secara berlebihan mungkin terpaksa bekerja lebih keras atau melakukan perkara yang mungkin tidak halal untuk melunaskan hutang, yang boleh menghalang daripada beribadah dengan sepenuh hati.

#4 – Kemungkinan Kehilangan Harta dan Maruah

Hutang yang tidak terkawal boleh membawa kepada kehilangan harta benda dan juga maruah seseorang. Ini boleh terjadi jika individu terlalu bergantung kepada hutang untuk memenuhi keperluan asas atau terlalu mengejar gaya hidup yang bermewah. Tidak ukur baju di badan sendiri.

#5 – Ketidakstabilan Keluarga dan Masyarakat

Berhutang secara berlebihan boleh menyebabkan ketidakstabilan dalam keluarga dan masyarakat. Kebiasaannya, ia akan berkait dengan pengurusan kewangan yang tidak baik. Tekanan kewangan yang berterusan boleh menyebabkan konflik dan masalah sosial di kalangan ahli keluarga, seterusnya boleh mengeruhkan sillaturahim.

bahaya berhutang dalam Islam

Dalam Islam, kita disarankan agar mengamalkan sikap bersederhana, berusaha mencukupkan keperluan asas, dan mengelakkan daripada berhutang sekiranya tidak perlu. Lebih² lagi, Islam menggalakkan konsep bersedekah dan menolong sesama kita sebagai alternatif kepada berhutang. Dengan mematuhi prinsip-prinsip ini, umat Islam dapat mengelakkan bahaya berhutang dan memastikan kestabilan serta kesejahteraan dalam kehidupan kita.

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini