Arkib

Tags

tabung percutian

ADIK SAYA SIMPAN EMAS UNTUK TABUNG PERCUTIAN

Konsep ini mudah. Ini kisah adik perempuan saya dan Tabung Percutian beliau

Jom kita berangan² sikit. Katakanlah sekarang kita ada RM1000 dalam akaun untuk digunakan pergi bercuti.

Duit ini tak digunakan dan dibiarkan sahaja di dalam akaun.

Masalah mula timbul bila duit gaji bulanan disebabkan tidak diurus dengan baik, perlu di-topup pula. Maka diambil dari akaun tabung percutian ini kerana mudah, nak pula sekarang sudah ada online banking.

Sekali dua tak apa, namun bila sudah kerap maka susut teruk lah tabung holiday. Jika dahulu RM1000, setiap bulan dicuri RM100 masuk bulan ke-6 tabung itu berbaki RM400 sahaja. Mahu berjalan ke mana dengan duit sebanyak itu?

Bang, nak tukar tabung emas-lah..

Saya balas, boleh dicuba. Bila ada tabungan emas; sifat semulajadi manusia, kita akan “melupakan” simpanan tersebut. Kerana emas bentuknya fizikal dan minda kata “barang berharga perlu disimpan”

Secara tak langsung kita akan paksa diri menguruskan kewangan kita lebih baik. Kerana sebahagian duit simpanan telah dibekukan dengan emas.

Sudah gaji, simpan saja 10% dari gaji untuk simpanan, simpan juga duit kecemasan 3 bulan dan selebihnya baru dibelanjakan.

Tetapi jika terasa perit menyimpan duit, cuba simpan emas. Emas juga duit, kan boleh dijual semula. Bezanya, dalam tempoh nak menjual semula emas itu, ia kekal sebagai emas yang dilupakan.

Semoga Adik berjaya menabung untuk percutian beliau yang seterusnya..

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini