Berkemungkinan anda baru mula menyimpan emas, khususnya dalam akaun GAP. Post ini saya kongsi dengan anda macam mana kita nak semak harga emas GAP bagi tahun-tahun sebelum, mana tahu nak plot graf ke..
Sistem GAP setakat ini tiada “history” terperinci, hanya sejarah belian kita; bila dan berapa gram belian itupun hanya 3 bulan ke belakang (new website).
Tidak dituliskan berapa harga per gram belian ketika itu. Ada kala mungkin kita perlukan butiran belian pada tarikh tertentu; mungkin sebagai rekod atau sebagainya..
Mula-mula sekali, kita login masuk ke akaun GAP kita, dan ke bahagian “purchase” atau “Buy GAP now”

Klik “Bank in”. Jangan risau, kita bukan mahu membeli, tapi hanya menggunakan fungsi belian untuk menyemak sejarah belian kita.
Seterusnya di bahagian “Payment Date”, masukkan tarikh yang kita mahu tahu harganya. Di sini kita boleh pilih tarikh dari pop up ataupun taipkan terus tarikh yang kita mahukan.
Sistem hanya mempunyai rekod sehingga bulan Mac 2015, selaras dengan bulan GAP dilancarkan, jika kita masukkan tarikh sebelum itu, sistem akan keluarkan “error”.
Setelah masukkan tarikh, klik “Next”. Dalam contoh ini, saya taipkan 2015-03-01 (1 Mac 2015). Untuk masa, biarkan sahaja. Harga GAP berubah setiap 24 jam.
Sistem akan memaparkan (dalam kotak) harga jual untuk 1 gram atau berat setara bagi nilai RM100. Jika mahu kirakan berapa jumlah belian, masukkan nilai berat ke dalam “Purchase Qty” dan sistem akan kirakan harga yang setara.
Mudah saja kan? Harap artikel ini dapat membantu.