APA ITU PREMIUM OVER SPOT GOLD PRICE?

Premium over spot gold itu ialah kos tambahan dikenakan oleh sebuah syarikat jualan emas

Harga spot, atau “Spot Gold Price” ialah harga apungan emas yang berubah naik dan turun setiap masa berdasarkan pergerakan supply/demand dan faktor² tambahan lain.

Kita harus faham dalam apa jenis perniagaan pun, peniaga mesti nak untung. Kalau emas dijual ikut harga spot market, memang tiada untung, jadi macam mana syarikat nak nak cover perbelanjaan dsb?

Jadi soalnya sekarang, berapa anggaran premium sebuah syarikat?

Asasnya, premium over spot price boleh dikira mengikut formula:

[(Harga Jual – Harga Spot)/Harga Spot] x 100%

Untuk menyemak harga spot ada beberapa website yang kita boleh rujuk, antara yang saya biasa pakai ialah web kitco.com dan goldprice.org. Untuk lebih mudah lihat, anda klik ke goldprice harga Malaysia (boleh di-set ke RM/gram);

premium over spot gold

Jadi kita tahu hari ini, 10 Sept 2018, harga bagi segram emas di pasaran spot ialah RM159.78/gram

Dari sini, kita boleh membuat perbandingan dengan mana² syarikat jualan emas di Malaysia. Untuk contoh kiraan ini, saya ambil harga GAP Public Gold untuk hari yang sama;

Harga bagi 1 gram emas (GAP) 10 Sept 2018 ialah RM173/gram. Jadi premium over spot price boleh dikira sebagai;

= [(RM173- RM159.78)/RM159.78] x 100%

= 8.27%

Senang kan? Harap kita sebagai pembeli emas bijak harus tentukan sendiri dengan membandingkan harga emas syarikat lain di Malaysia bila sudah tahu kira premium over spot gold.

2 CommentsLeave a comment

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini