CARA PAJAK EMAS DI PEJABAT POS AR-RAHNU

Untuk mengembangkan sikit perniagaan, saya perlukan sekitar RM1,200 sebagai modal pusing. Saya cuba Ar-Rahnu Pos Malaysia kerana mahu juga belajar cara pajak emas di sana.

Pada pendapat saya, memajak emas untuk pinjaman ada baik dan buruknya. Namun, jika tak mencuba sendiri, sampai bila pun tak tahu cara pajak emas

Jadi saya ke Pos Ar-Rahnu Bangi untuk memajak 10g emas Public Gold. Memandangkan Pos Ar-Rahnu ialah rakan bisnes Public Gold, saya rasa pasti mudah urusan di sini

arrahnu-2

Pastikan bawa IC anda. Pegawai Pos Ar-Rahnu yg mesra pelanggan akan memberikan penerangan yang sangat jelas bagaimana mahu memajak logam berharga ini (jika first timer).

Saya perkenalkan diri sebagai seorang dealer Public Gold dan pegawai Pos Ar-Rahnu berbaik hati membenarkan saya mengambil gambar bagi tujuan perkongsian info cara pajak emas di Pos Ar-Rahnu.

Harga emas 999 harian yang dipaparkan ialah RM171.10/gram. Ketika ini harga PG BUY utk 10g ialah RM1,712. Wah! Tak lari jauh.

cara pajak emas

Nilai marhun emas 10g dinilaikan RM1,710.10. Pos Ar-Rahnu menawarkan 75% pinjaman tanpa faedah sebanyak RM1,282.00. Memang sesuai sangat dengan bajet yang diperlukan.

Emas Public Gold tak perlu diuji (tak buka seal)

Jika emas syarikat lain, Pos Ar-Rahnu akan buka seal, ujian asid, ujian gosok dan ujian ketumpatan dengan alat densimeter. Barang kemas pula ada ujian tambahan iaitu ujian kemagnetan.

Saya dikenakan upah simpanan sebanyak RM0.85 bg setiap RM100. Jadi jumlah upah simpan saya perlu bayar ialah RM86.52 termasuk GST bagi tempoh pajakan 6 bulan.

Jika saya tak boleh bayar semula pinjaman atau tebus semula, Pos Ar Rahnu menawarkan lanjutan pajakan selama 6 bulan lagi. Saya hanya perlu bayar tambahan upah simpan. Upah simpan boleh dibayar bila-bila sepanjang tempoh pinjaman atau boleh membuat bayaran bulanan.

Jumlah maksimum pinjaman ialah RM50k bagi satu transaksi, atau RM150k bagi jumlah keseluruhan pajakan.

arrahnu-4

Selesai semua urusan, saya dinasihatkan double check semua butiran dalam surat pajak dan turunkan tandatangan beserta stamp cap jari kiri.

Terus dapat duit!

Saya ada mencadangkan supaya ada alternatif; duit pinjaman ini disalurkan ke akaun pemajak. Yelah, andai kata kita memajak logam berharga ini untuk dapat RM10k, agak seram juga nak bawa duit sebanyak tu keluar.

Semoga pengalaman cara pajak emas ini dapat membantu anda

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini