HAIRAN KAN, KENAPA WANITA SUKA PERHIASAN EMAS?

kenapa wanita suka perhiasan emas

Umpama ada tarikan tersendiri, logam berharga ini berkurun lama menjadi tanda tanya kenapa wanita suka perhiasan emas..

Hampir semua wanita meminati barang kemas, khususnya yang diperbuat daripada emas. Tahukah anda mengapa? Berikut merupakan beberapa sebab kenapa wanita suka emas (bukan kajian sains).

Menggunakan perhiasan emas pada tubuh merupakan tradisi lama sejak berabad dahulu. Jika dilihat dalam gambar² atau sejarah buku lama, pasti anda akan terlihat gambar manusia memakai gelang dan rantai emas.

Dari kesemua logam di dalam dunia ini, emas mempunyai 4 karektor unik yang menjadi kegilaan manusia khususnya kepada golongan hawa, dan kenapa wanita suka emas

Kilauan

Emas mempunyai kilauan yang menjadi daya tarik. Lumrah wanita ingin rasa dihargai, jadi dengan berhias dengan emas, semulajadi lelaki akan lebih terpesona.

Permintaan Tinggi

Kita sedia maklum, emas di dunia mempunyai bekalan terhad. Jadi, sedikit sebanyak harga emas perhiasan juga dipengaruhi dengan pasaran supply-demand. Jadi, wanita yang memiliki barang kemas umpama ada prestij atau kedudukan tinggi melambangkan status mereka (memiliki emas)

Daya Tahan

Sifat emas yang tidak berkarat dan tahan lama membuatkan logam ini sesuai dijadikan perhiasan “everlasting”. Jika sudah bosan pun dengan design lama, barang kemas ini boleh saja dijual semula untuk membeli emas perhiasan yang baru.

Ada Harga

Emas ada harga. Generasi lama kita membeli barang kemas untuk dijadikan simpanan kecemasan jangka lama. Jika dalam keadaan sesak, barang kemas ini boleh dijual atau digadai untuk mendapatkan duit. Emas pakai juga boleh diturunkan kepada anak², sebagai aset masa depan.

Walaupun sudah banyak dalam pasaran emas berbentuk jongkong dan syiling, emas perhiasan masih ada peminatnya khusunya daripada kaum wanita. Ini kerana, kebanyakkan berpendapat “Sambil melaram, Sambil melabur”.

Untuk itu Public Gold juga ada mengeluarkan set perhiasan wanita dari rangkaian Aurora Italia yang terdiri dari emas 18k, emas putih, emas ros dsb.

Komen?

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini