Arkib

Tags

kesilapan membeli emas

5 KESILAPAN MEMBELI EMAS UNTUK DIJADIKAN SIMPANAN

Mungkin ghairah mendengar kawan bercerita perihal emas, terus saja mahu beli. Sabar dulu geng, saya senaraikan 5 kesilapan membeli emas kebanyakkan rakyat kita..

Ini hanyalah pendapat peribadi, berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya;

  1. Beli emas kerana join skim pelaburan. Ini saya rasa kesilapan paling top. Ghairah dengar ceramah, atau kalah dengan pujuk rayu kawan. Nak pula dijanjikan hibah atau pulangan lumayan.
  1. Pembelian terburu² tanpa mempertimbangkan perkara² penting sebelum membeli emas. Ada 5 faktor penentu sebelum membeli emas, bukan harga yang murah saja.
  1. Beli logam berharga ini tapi bukan pakai duit sendiri, tapi dengan cara pinjam duit/berhutang. Mungkin ada yang tidak bersetuju, namun dah banyak saya lihat orang yang jenis meminjam kawan atau keluarga untuk beli emas.
  1. Beli barang kemas sebagai simpanan. Barang kemas pada saya, untuk pakai, agar nampak cantik berhias. Sebagai instrumen simpanan mahupun pelaburan; agak rugi di masa depan kerana spread barang kemas agak tinggi, 15% – 30% bergantung kepada kedai. Saya ada menyenaraikan kelemahan emas perhiasan untuk dijadikan simpanan.
  1. Belum pernah beli tapi menunggu² harga rendah. Belum pernah menyimpan emas, pasti tiada benchmark. Jadi bagaimana anda mahu tahu, harga rendah itu rendah dan harga tinggi itu tinggi?

Leave a Reply

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini