Arkib

Tags

  • Home
  • Cara Login Website Public Gold

Cara Login Website Public Gold

Anda baru dapat PG Code dan tidak tahu bagaimana nak mula?

Di sini saya kongsikan langkah ringkas untuk login ke website Public Gold. Panduan ini sesuai untuk pengguna baru yang baru selesai register akaun Public Gold dan mahu mula semak akaun sendiri.

Apa Yang Perlu Ada Sebelum Login?

Sebelum login, pastikan anda ada:

  • PG Code anda,
  • password sementara,
  • akses internet,
  • dan browser seperti Chrome, Edge atau Safari.

Biasanya PG Code bermula dengan format seperti PGXXXXXXXX.

Untuk password sementara, semak email daripada Public Gold. Kebiasaannya password sementara menggunakan nombor kad pengenalan tanpa sempang, tetapi sebaiknya rujuk semula email pendaftaran anda.

Langkah Login Website Public Gold

1. Pergi ke website Public Gold

Taip alamat website Public Gold di browser:

www.publicgold.com.my

Anda akan dibawa ke halaman utama Public Gold.

2. Klik Login

Cari dan klik butang Login untuk masuk ke ruangan login akaun Public Gold.

3. Masukkan PG Code dan password

Di ruangan Username, masukkan PG Code anda.

Contoh:

PGXXXXXXXX

Kemudian masukkan password sementara yang diberikan melalui email Public Gold.

Selepas itu, klik butang Log in.

4. Semak halaman My Account

Jika login berjaya, anda akan dibawa ke halaman My Account.

Di sini anda boleh mula semak maklumat akaun, harga emas, transaksi dan fungsi lain yang tersedia dalam website Public Gold.

Kalau Tak Boleh Login?

Jika anda tidak boleh login, semak dahulu:

  • PG Code betul atau tidak,
  • password dimasukkan dengan tepat,
  • email Public Gold ada dalam inbox atau spam,
  • huruf besar dan kecil jika berkaitan.

Jika masih tidak berjaya, anda boleh gunakan fungsi Reset Password atau hubungi dealer anda untuk bantuan.

Nota Ringkas

Selepas berjaya login, saya cadangkan anda semak maklumat profile dan maklumat bank terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi.

Ini penting supaya urusan belian, jualan atau pengeluaran emas lebih lancar nanti.

error: Hubungi saya jika anda perlukan content ini